Ini merupakan gambar UNICEF kanak-kanak Maghribi, bukan seorang bekas menteri pendidikan Perancis

Hak cipta AFP 2017-2022. Semua hak cipta terpelihara.

Kolaj dua gambar -- satu mengenai seorang gadis gembala muda dan satu lagi mengenai menteri pendidikan wanita pertama Perancis -- telah dikongsi beratus kali di pos Facebook dan Twitter bersama-sama dakwaan bahawa ia menunjukkan orang yang sama. Dakwaan itu tidak benar. Gambar yang pertama menunjukkan seorang gadis Maghribi yang dipanggil Fouzia yang pernah muncul di dalam laporan UNICEF pada 2015. Gambar kedua menunjukkan Najat Vallaud-Belkacem, menteri pendidikan Perancis dari 2014 hingga 2017.

Gambar-gambar itu diterbitkan di Facebook pada 10 September 2019 di sini.

Kapsyennya menyatakan "Penjaga kambing di Morocco.. Bermula dgn ingin tah..beliau mencari ilmu.. Hari ini, 20 tahun sudah... Menteri Pendidikan Perancis”.

Kapsyen itu merujuk kepada Najat Vallaud-Belkacem yang telah berhijrah ke Perancis dari Maghribi apabila beliau masih muda dan sebagai wanita yang pertama di Perancis yang menyandang jawatan menteri pendidikan nasional, pengajian tinggi dan penyelidikan dari Ogos 2014 sehingga May 2017.

Berikutnya tangkapan skrin pos yang mengelirukan itu:

Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan

Kolaj gambar tersebut juga dikongsikan di sini dan sini di Facebook, dan di sini di Twitter bersama-sama dakwaan yang serupa.

Ia juga diterbitkan dengan dakwaan serupa dalam bahasa Inggeris di sini di Facebook pada 8 November 2019. Ia telah dikongsi lebih daripada 470 kali sebelum ia dipadamkan.

Dakwaan itu tidak benar. Gambar yang pertama menunjukkan seorang gadis gembala muda yang telah diambil daripada laporan UNICEF mengenai kanak-kanak Maghribi. Nama gadis muda ini ialah Fouzia dan dia berasal dari wilayah Al Haouz di Maghribi, seperti yang dilaporkan oleh blog semakan fakta AFP dalam bahasa Sepanyol di sini.

Sebuah carian imej terbalik gambar gadis muda dari kolaj itu mendapati gambar itu dipaparkan pada muka surat 26 dalam laporan UNICEF ini yang diterbitkan pada 2015.

Di bawah adalah tangkapan skrin gambar yang diterbitkan di dalam dokumen UNICEF: 

Tangkapan skrin gambar gadis di dalam repot UNICEF

Gambar itu diambil oleh jurugambar UNICEF Giacomo Pirozzi pada 2005, menurut kredit foto yang dimaklumkan pada pengakhiran laporan itu. Di bawah adalah tangkapan skrin senarai kredit foto itu:

Tangkapan skrin kredit foto di dalam repot UNICEF

Imej Vallaud-Belkacem telah diambil dari gambar Getty Images ini yang diterbitkan pada 29 Oktober 2014.

Kapsyennya menyatakan: “Menteri Pendidikan Perancis Najat Vallaud-Belkacem meninggalkan mesyuarat kabinet mingguan pada 29 Oktober 2014 di istana presiden Elysee di Paris. AFP PHOTO / BERTRAND GUAY (Kredit foto sepatutnya membaca BERTRAND GUAY/AFP melalui Getty Images).”  

Di bawah adalah tangkapan skrin foto itu:
 

Tangkapan skrin foto Vallaud-Belkacem daripada Getty Images

Dakwaan bahawa gadis muda di dalam gambar itu ialah Vallaud-Belkacem telahpun dibongkar oleh laman web berita Perancis Le Monde di sini dan oleh laman semakan fakta Amerika Syarikat Snopes di sini.

Bagaimanapun, ia sememangnya benar bahawa Vallaud-Belkacem lahir di Maghribi dan menghabiskan kehidupan awalnya di Beni Chiker, sebuah kampung dusun di utara wilayah Nador.

Vallaud-Belkacem telah menceritakan tentang zaman kanak-kanaknya di dalam beberapa temu bual, dalam bahasa Inggeris di sini dan dalam bahasa Perancis di sini. Pada 1982, dia telah berpindah ke Perancis pada umur 4 tahun untuk menyertai bapanya yang telah berhijrah pada tahun 1975. Beliau telah berkahwin dengan penjawat awam Boris Vallaud pada 2005, tahun di mana gambar gadis gembala muda telah diambil.

“Laporan di dalam berita Perancis bahawa saya merupakan seorang kanak-kanak gembala boleh dikatakan benar... Kami tersangatlah miskin. Saya menolong datuk saya dengan kambingnya, mengambil air daripada telaga, dan menghabiskan kebanyakan hari dalam selipar. Saya tidak mempunyai  banyak kenangan khusus, tetapi saya mengingati perasaan kehidupan keluarga yang bahagia,” beliau memberitahu Porter Magazine pada Mac 2017.