Tidak, gambar ini tidak menunjukkan seekor babi hutan ditinggalkan di dalam masjid di negara India oleh penganut agama Hindu pada bulan April 2019
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Jumaat 28/06/2019 pukul 07:45
- Durasi bacaan 2 minit
- Oleh: AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2025. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Dakwaan yang mengelirukan ini dikongsi beratus-ratus kali di Facebook, contohnya di sini dan sini, pada bulan 28 April 2019.
Pos yang ditulis dalam bahasa Bengali menyatakan: "Tengoklah umat Islam komuniti Hindu di India telah membiarkan seekor babi hutan di dalam sebuah masjid di India. Allah selamatkanlah rumah suci kamu! Tidak penting betapa baik hati India sebagai sebuah negara, mereka tidak boleh menjadi kawan kepada orang Islam."
Berikutnya adalah tangkapan skrin dakwaan yang mengelirukan tersebut:
Babi dianggap sebagai binatang haram di dalam ajaran Islam.
Carian terbalik imej Google mendapati bahawa foto-foto di dalam pos yang mengelirukan tersebut sebenarnya menunjukkan peristiwa seekor babi butan muncul di Sungai Buloh di Malaysia pada Mac 2018.
Salah satu gambarnya boleh dilihat di dalam laporan suratkhabar The Star di Malaysia ini yang bertajuk: "Babi hutan menyelinap ke dalam masjid, mencederakan lelaki."
Berikutnya adalah tangkapan skrin repot itu:
Satu carian kata kunci untuk "masjid babi hutan Sungai Buloh" membawa kepada laporan-laporan berita lanjut tentang kejadian yang sama, contohnya laporan ini daripada suratkhabar The Independent dari Singapura yang mengandungi foto lain yang telah digunakan dalam pos yang mengelirukan itu.
Berikutnya adalah tangkapan skrin laporan itu:
Beberapa pos Facebook dalam bahasa Malaysia pada tarikh yang sama dengan laporan berita, contohnya ini, juga mengandungi kedua-dua foto tersebut.
Posnya bertajuk: "Babi hutan masuk Masjid Sg Plong Sungai Buloh."
Keterangan gambar yang panjang itu menerangkan sebuah kejadian pada 6 Mac 2018 di mana seekor babi hutan telah memasuki masjid itu.
Pos pada 7 Mac 2018 boleh didapati di bawah:
Beberapa perenggan diambil daripada pos di atas dalam bahasa Melayu membaca: "Saya mewakili Tuan Nazir dan Pegawai2 Masjid Jamek Sungai Plong mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung membantu pihak masjid ketika berlaku musibah di masjid ini.
Pada hari ini, 6 Mac 2018, Selasa, ketika jamaah masjid sedang melakukan solat sunat Ba'diah maghrib, masjid kami telah 'dikunjungi' oleh seekor babi hutan jantan yang tersesat masuk ke dalam kawasan pagar masjid, mengejar jamaah dan kanak2 diluar dan seterusnya masuk ke dalam dewan solat dalam keadaan cedera di lehernya..
Terdapat seorang jamaah yang cedera akibat disondol oleh binatang tersebut.
Ramai jamaah berusaha menyelamatkan diri dan ada di antara jamaah yg berusaha menghalau binatang tersebut keluar dari dewan solat.."
Dakwaan palsu bahawa foto daripada 2018 ini menunjukkan sebuah insiden di India manakala ianya berlaku di sebuah masjid di Malaysia telah dibongkarkan sebelum ini oleh Boom Live.
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami