Tidak, video ini tidak menunjukkan seorang Islam bersembahyang di Gurdwara Sahib di Malaysia di mana seorang ahli politik Islam dikritik kerana menghadiri majlis berbuka puasa yang berkontroversi itu

Hak cipta AFP 2017-2020. Semua hak cipta terpelihara.

Satu video yang ditonton beratus ribu kali di pelbagai laman Facebook dan YouTube kononnya menunjukkan seorang Islam bersembahyang di pusat ibadat Gurdwara Sahib di Malaysia di mana seorang ahli parlimen beragama Islam dikritik kerana menghadiri majlis berbuka puasa pada Ramadhan 2019. Tuntutan ini palsu; video ini telah dirakam di sebuah kuil yang lain terletak lebih 220 kilometer daripada lokasi yang didakwa.

Video tersebut dikongsi melalui pos Facebook ini pada 29 Mei 2019, di mana ia telah ditonton lebih daripada 213,000 kali dan dikongsi lebih daripada 3,100 kali.

Berikutnya adalah tangkapan skrin dakwaan pos Facebook yang mengelirukan tersebut: 

Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan

Video selama satu minit 39 saat itu kononnya menunjukkan seorang lelaki yang berpakaian Islam menghadapi seorang lelaki beragama Sikh yang duduk di atas pentas. Lelaki yang berpakaian Islam itu berlutut dan menundukkan kepalanya beberapa kali semasa sembahyang terhadap pentas.

Keterangan pos tersebut menyatakan: "Video ini diambil di Kuil Gurdwara Sahib, Johor Bahru.  Jika lelaki ini Islam, mazhab apa ya dia? Solat xde rukuk. Tahniah AP Johor Bahru, semoga mudah perhitungan mu."

"Johor Bahru" ialah sebuah bandar di selatan Malaysia. "Kuil Gurdwara Sahib, Johor Bahru" merujuk kepada kuil Sikh yang muncul di Google Maps di sini. Foto diwan hall kuil itu boleh dilihat di sini

AP merujuk kepada Ahli Parlimen.

Pos yang mengelirukan itu dikongsi sehari selepas AP Johor Bahru Akmal Nasir dikritik kerana menghadiri majlis berbuka puasa semasa bulan puasa di kuil Gurdwara Sahib di Johor Bahru pada petang 28 Mei 2019.

Laporan ini mengenai insiden tersebut telah diterbitkan oleh portal berita Malaysia, Malaysiakini, pada 28 Mei 2019.

Perenggan pertama laporan tersebut menyatakan: "Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir telah mempertahankan progam berbuka puasanya yang diadakan di gurdwara (kuil Sikh) di negerinya pada petang ini." 

Video tersebut juga dikongsi di Facebook, di sini dan sini, dengan tuntutan yang sama dan di YouTube di sini dengan tuntutan yang sama.

Tuntutan tersebut palsu; video itu sebenarnya telah dirakam di kuil yang lain lebih 220 kilometer jauhnya dari lokasi yang didakwa dan telah diposkan beberapa hari sebelum kontroversi ke atas tindakan ahli politik itu tercetus.

Video yang sama telah diterbitkan dalam pos Facebook ini pada 25 Mei 2019 sebelum majlis berbuka puasa yang dihadiri ahli dewan rakyat Akmal pada 28 Mei.

Berikutnya ialah perbandingan video di pos Facebook yang mengelirukan (kiri) dan video yang sama yang telah dikongsi di Facebook pada 25 Mei 2019 (kanan):  

Perbandingan tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan (kiri) dan pos Facebook pada 25 Mei 2019 (kanan)


Diterjemahkan kepada bahasa Malaysia, keterangan gambar untuk pos Facebook yang diterbitkan pada 25 Mei 2019 menyatakan: "Tuhan adalah satu.. Seorang lelaki Islam sedang menunaikan doa di Gurdwara Sahib Melaka Darbar Sahib.." dan diakhiri dengan "Sabna Jiya Ka Ek Data.. #Saturday25052019".

"Darbar Sahib" merujuk kepada pentas terletaknya buku suci, manakala "Sabna Jiya Ka Ek Data" diterjemah daripada bahasa Punjabi kepada bahasa Malaysia sebagai: "Hanya terdapatnya Satu, Pemberi segala jiwa."

Keterangan gambar tersebut menyatakan bahawa video tersebut menunjukkan seorang Islam berdoa di pusat ibadat Gurdwara Sahib Melaka pada 25 Mei 2019.

Inilah Gurdwara Sahib Melaka di bandar Melaka yang dilihat dalam Google Maps. 

Imej pengguna Google ini yang dilabelkan pada lokasi di Google Maps pada November 2018 menunjukkan reka bentuk dalaman yang sepadan dilihat dalam pos Facebook yang mengelirukan itu.

Berikutnya adalah tangkapan skrin imej Google itu:

Tangkapan skrin imej Google Gurdwara Sahib Melaka

Berikutnya adalah perbandingan tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan (kiri) dan imej Google (kanan):

Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan (kiri) dan imej Google (kanan)

Menurut Google Maps, jarak Gurdwara Sahib Melaka adalah 222 kilometer (138 batu) jauhnya daripada Gurdwara Sahib Johor Bahru.