Video yang telah dimanipulasikan ini tidak sebenarnya menunjukkan penjawat awam Korea Utara yang 'korup' ditelan oleh tanah
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Isnin 30/09/2019 pukul 08:50
- Durasi bacaan 2 minit
- Oleh: AFP Malaysia, AFP Kenya, Mary KULUNDU
Hak Cipta © AFP 2017-2024. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Video yang selama 12 saat itu telah diterbitkan di Facebook di sini pada 20 September 2019 dan ditonton lebih daripada 2,600 kali.
Kapsyennya menyatakan: “Presiden Korea Utara Menghukum Penjawat Awam nya yg terlibat dengan Rasuah dihadapan para media cetak dan elektronik..... Kemudian berjalan bergandengan tangan lalu... ??? dibawanya ke kandang BUAYA.....lalu dilepas dalam kandang buaya untuk jadi santapan buaya yang kelaparan???...
“Mengapa Korea Utara melaksanakan hukuman pesalah rasuah dng santapan buaya kerana kerajaan tak mampu menanggung kos sara hidup di penjara mereka makin tinggi terpaksa ambil wang rakyat untuk tanggung makan minum mereka dalam penjara yg menjadikan rakyat makin susah tapi perasuah senang lenang bersama keluarga mereka hasil seleweng wang negara...
“Kita rasa elok juga kita cadangkan kepada SPRM mengkaji undang undang ini. Dan kita jadikan Malaysia pengeluar produk kulit buaya berkualiti tinggi didunia....”
Berikutnya tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan itu:
Video yang mengelirukan itu juga disiarkan di Facebook di sini, sini dan sini dengan dakwaan yang sama.
Video dan dakwaan yang serupa juga muncul di media sosial Indonesia di sini dan di sini, dan juga di Nigeria, contohnya di sini dan sini.
Banyak komen mencadangkan bahawa hukuman yang sama patut diserahkan kepada ahli politik yang korup di negara pengguna sendiri, sama ada di Nigeria, Ghana atau di tempat lain.
Ada orang yang mengambil video tersebut sebagai gurauan. Ada pula yang tidak pasti, dan mempersoalkan kesahihan video tersebut.
Di dalam segmen komen, sesetengah pengguna berjaya mengenal pasti video itu sebagai versi manipulasi rakaman daripada detik bersejarah pada 27 April 2018 apabila Kim menjadi pemimpin Korea Utara yang pertama untuk menyeberangi sempadan ke Selatan sejak gencatan senjata Perang Korea pada tahun 1953.
Pertemuan di antara Kim dan Moon di sempadan itu boleh dilihat di video Associated Press ini yang bertajuk: “Kim Jong Un Menyeberangi ke Selatan, Menyalami Moon.”
Laporan AFP pada 27 April 2018 mengenai pertemuan bersejarah itu boleh dibaca di sini.
Kedua-dua Korea tersebut kemudiannya mengadakan dua lagi sidang kemuncak pada 2018, dan bersetuju pada September 2018 untuk mengejar perkembangan ekonomi dan mengelakkan konflik ketenteraan dalam bentuk apapun di sepanjang sempadan.
Tetapi hubungan antara dua Korea telah berhenti sejak Kim berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Hanoi pada Februari 2019, di sebuah sidang kemuncak yang berakhir tanpa sebarang perjanjian.
Pyongyang tidak puas hati dengan Seoul yang dilihatnya sebagai kurang mengambil tindakan dalam mengejar projek-projek ekonomi di antara kedua-dua negara Korea tersebut. Tetapi pada masa Korea Utara di bawah pelbagai sekatan yang menghindari pembangunan sedemikian, pelaksanaan projek sebegitu tidak mungkin.
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami