Video ini menunjukkan harimau bintang menyerang anjing hitam di India, bukan Malaysia

Hak cipta AFP 2017-2023. Semua hak cipta terpelihara.

Video yang ditonton ratusan ribu kali di Facebook dengan dakwaan bahawa ia menunjukkan seekor harimau bintang memburu seekor anjing hitam yang sedang tidur di perkarangan rumah di Kedah. Dakwaan itu tidak benar. Video yang ditunjukkan telah dirakam di India.

Video sepanjang 44 saat itu telah disiarkan di Facebook di sini pada 13 Oktober 2019 dan telah ditonton melebihi 209,000 kali dan dikongsi lebih daripada 3,700 kali.

Video itu merupakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seekor harimau bintang yang menuju secara perlahan ke arah seekor anjing hitam yang sedang tidur di tangga di perkarangan rumah. Harimau bintang itu kemudiannya menggigit leher anjing tersebut tetapi anjing itu bangun dan melarikan diri, sambil dikejar harimau bintang itu.
 

Kapsyennya, diterjemah daripada bahasa Cina kepada bahasa Malaysia, menyatakan: “Seekor harimau bintang muncul di Kedah pada waktu tengah malam. 

“Harimau bintang itu mencerobohi ke dalam perkarangan rumah.

“Mahu makan anjing kecil.

“Dengar kata... pada akhirnya, anjing hitam itu terlepas daripada keadaan bahaya dengan bersembunyi di bawah kereta.” 

Satu cap waktu pada video menunjukkan ia telah diambil pada 29 September 2019.

Di bawah adalah tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan:

Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan

Terdapat juga satu lagi pos Facebook dengan dakwaan yang sama di sini, di mana ia telah ditonton lebih daripada 5,400 kali.

Dakwaan itu tidak benar. Serangan harimau bintang ke atas anjing itu berlaku di India, bukan Malaysia.

Satu carian imej terbalik dan carian kata kunci mendapati artikel India Today ini dan video yang sama yang telah dimuat naikkan ke dalam akaun Instagramnya pada 13 Oktober 2019.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Leopard attacks a dog outside a house in #Deolali in Nasik, #Maharashtra. The whole incident was recorded in a CCTV camera. Take a look- #Viral #India #Pet #Dog #Leopard #Wild #CCTV #CaughtOnCam

A post shared by India Today (@india.today) on

Repot India Today pada tarikh 14 Oktober 2019 bertajuk: “Harimau bintang melompat ke atas anjing di luar sebuah rumah di Nashik. Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu tular.

“Seekor harimau bintang melompat ke atas seekor anjing di luar sebuah rumah di Nashik, Maharashtra. Insiden tersebut dirakam oleh kamera.”

Nashik merupakan sebuah bandar di Maharashtra, barat India.

Di bawah adalah perbandingan video yang mengelirukan (kiri) dan video daripada laman Instagram India Today (kanan):

Perbandingan antara video dalam pos Facebook yang mengelirukan itu (kiri) dan video dari Instagram India Today (kanan)

Sebuah video sepanjang 44 saat dengan audio yang berlainan telah disiarkan oleh Newsflare di sini, dengan tajuk: “Anjing terlepas dari maut apabila diserang oleh harimau bintang di India barat.”

Dua perenggan pertama repot itu menyatakan: “Saat menyejukkan ditangkap pada CCTV di India barat menunjukkan seekor harimau bintang menyerang anjing sebelum anjing tersebut melepaskan dirinya.

“Kejadian tersebut berlaku pada awal pagi 29 September di bandar Nashik, negeri Maharashtra.”

Di dalam video Newsflare, seorang lelaki kedengaran bercakap dalam bahasa Hindi: “Sekarang, ia akan menyerang anjing itu.”

Menurut laporan Newsflare, ia tidak jelas apa yang terjadi terhadap anjing itu kerana ia tidak pulang kepada pemiliknya.

Kejadian yang sama telah dilaporkan di media tempatan India, Hindustan Times dan NDTV