Video ini menunjukkan tsunami melanda Jepun pada 2011 -- bukan Taufan Hagibis pada 2019

Hak cipta AFP 2017-2021. Semua hak cipta terpelihara.

Video yang menunjukkan jalan ditenggelami air  telah dikongsikan di beberapa pos Facebook yang mendakwa ia menunjukkan ribut melanda Jepun pada Oktober 2019. Ia dikongsi pada minggu yang sama Taufan Hagibis melanda negara itu. Dakwaan itu tidak benar; video itu menunjukkan tsunami yang melanda Jepun pada 2011.

Video itu telah disiarkan di sini di Facebook pada 14 Oktober 2019. 

Ia telah ditonton lebih daripada 880,000 kali dan dikongsi lebih daripada 7,500 kali.

Video sepanjang tiga minit 42 saat itu menunjukkan sebuah tempat letak kereta ditenggelami air semasa ribut melanda.

Kapsyennya menyatakan: “Keadaan di Jepun sekarang..semoga tabah menghadapi ujian ini..”

Di bawah adalah tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan itu:

Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan

Video yang sama telah dikongsikan di Facebook di sini, sini, sini dan sini dengan dakwaan yang sama.

Video tersebut disiarkan pada minggu yang sama Taufan Hagibis melanda Jepun, mengorbankan lebih daripada 70 orang, seperti yang dilaporkan oleh AFP di sini.

Pos pada laman Facebook yang bertapak di Filipina di sini dan sini, secara langsung mendakwa rakaman tersebut menunjukkan Taufan Hagibis melanda Jepun pada Oktober 2019.

Dakwaan itu tidak benar. Video tersebut menunjukkan tsunami yang melanda Jepun pada 2011.

Satu carian imej terbalik Google menggunakan “keyframe” daripada video mendapati ia telah diterbitkan di sini di YouTube pada 18 Disember 2011. Video itu telah ditonton lebih daripada empat juta kali.

Kapsyen bahasa Jepun diterjemahkan kepada bahasa Malaysia sebagai: “‘Tsunami bandar Ishinomaki’ Gempa Bumi Besar Timur Jepun. Ini video bandar Ishinomaki, wilayah Miyagi. Kami tidak boleh berbuat apa-apa jika kami ditenggelami tsunami. Dirakam daripada bumbung Ishinomaki Gas. Bandar Ishinomaki, wilayah Miyagi #gempabumibesartimurjepun”. 

Jepun telah dilanda oleh gempa bumi bawah laut magnitud 9.0 pada 11 Mac 2011 yang telah mencetuskan tsunami yang mengorbankan kira-kira 18,500 orang, menurut laporan AFP di sini.

Di bawah adalah perbandingan video di dalam pos yang mengelirukan (kiri) dan video YouTube (kanan):

Perbandingan video di dalam pos yang mengelirukan (kiri) dan video YouTube (kanan)

Video tersebut dirakam di sini di bandar Ishinomaki di Jepun.

Kubah berwarna biru muda daripada “stil” video di bawah boleh dilihat pada Google Street View yang diambil pada Ogos 2011.

Perbandingan foto

Video yang sama telah dihantar kepada rangkaian Fuji News Network, televisyen komersil Jepun, dan disiarkan di dalam repot ini.

Repot tersebut menyatakan bahawa video itu telah dihantar oleh Koichi Abe, salah seorang daripada 35 orang yang dipindahkan ke bumbung Ishinomaki Gas di Ishinomaki pada 11 Mac 2011.  

Sebelum ini, AFP pernah membongkar dakwaan bahawa video tersebut menunjukkan tsunami melanda Indonesia. 

Di dalam sebuah repot yang diterbitkan pada 9 Mac 2013, AFP telah menyiasat kemerosotan di bandar Ishinomaki selepas bencana itu meragut 4,000 nyawa di sana.