Video ini menunjukkan lelaki di Maghribi yang membakar dirinya selepas dia ditangkap mencuri barang

  • Artikel ini berusia lebih dari setahun.
  • Diterbitkan pada hari Isnin 16/12/2019 pukul 05:50
  • Durasi bacaan 6 minit
  • Oleh: AFP Filipina, AFP Malaysia
Video yang telah ditonton melebihi sejuta kali di Facebook mendakwa bahawa seorang lelaki telah terbakar selepas telefon bimbit di dalam poketnya menjadi terlampau panas semasa dicas dengan powerbank. Dakwaan itu salah: video itu menunjukkan lelaki yang telah membakar dirinya di Maghribi selepas dia ditangkap mencuri barang.

Video tersebut telah dikongsi 3,000 kali dan ditonton melebihi 350,000 kali di Facebook di sini pada 13 November 2019.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki di  pusat membeli-belah dengan bajunya terbakar sementara orang berdekatannya menjerit dan cuba membantunya.

Kapsyennya menyatakan: “Sedang tular di WhatsApp. Tak pasti di mana tapi khabarnya mangsa cas hp guna powerbank dalam poket. Mangsa tak pasti selamat ke tidak. Apa-apapun berhati-hati la ye guna barangan elektronik tu. Baru semalam tengok KPDNKK rampas barangan tiruan. Takutnya #terbakar #teknoratz”.

Di bawah adalah tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan itu:

Image
Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan

Ia juga telah dimuat naikkan di Facebook di sini di sebuah akaun Filipina di mana ia telah ditonton melebihi satu juta kali dan dikongsi melebihi 32,000 kali sejak ia diterbitkan pada 7 Jun 2018.

Carian imej terbalik menggunakan tangkapan skrin daripada video itu mendapati video itu berkaitan dengan rakaman dalam repot dalam talian di Gulf News, sebuah laman berita bahasa Inggeris di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Repot itu diterbitkan pada 6 June 2018 dan bertajuk: “Pegawai: Video lelaki terbakar tidak berlaku di UAE.” 

Di dalam artikel itu, Pertahanan Awam Dubai dan polis Dubai telah dipetik berkata bahawa kejadian tersebut tidak berlaku di UAE.

Pertahanan Awam Dubai telah memuat naikkan sebuah kenyataan di laman Instagramnya pada 5 Jun 2018.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. تؤكد الإدارة العامة للدفاع المدني في دبي أن الفيديو المتداول بخصوص انفجار جوال في جيب أحد الأشخاص حدث في مكان آخر خارج الدولة نافية أن يكون الانفجار المعني حدث في دبي مول أو أي مركز تسوق أخر في دبي أو داخل الإمارات وأشار سعادة اللواء خبير راشد ثاني المطروشي المدير العام للدفاع المدني في دبي إلى أن مراكز التسوق والمجمعات التجارية لم تسجل أي حادث في شهر رمضان المبارك داعياً إلى تحري الدقة والتأكد من صحة الأخبار قبل نشرها وتداولها قائلاً: أن أبواب الإدارة العامة مفتوحة للحصول على المعلومات والأخبار الصحيحة عبر مركزها الإعلامي . #سلامتكم_سعادتنا

A post shared by الدفاع المدني دبي (@dcd997) on

Pos itu telah mengata dalam bahasa Arab: “Ketua Pengarah Perlindungan Awam telah mengatakan bahawa video tersebar mengenai telefon bimbit yang meletup telah dirakam di luar negara, dan menafikan bahawa sebuah letupan berlaku di pusat membeli-belah Dubai ataupun mana-mana pusat membeli-belah di Dubai atau di UAE.”

Polis Dubai juga membuat ciapan penafian pada 5 Jun 2018.

Ciapan itu menyatakan: “Perintah Umum polis Dubai telah menafikan video itu, yang menunjukkan orang terbakar, berlaku di pusat membeli-belah Dubai dan meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan khabar angin jika mereka mahu mengelakkan daripada didakwa".

Carian imej terbalik lebih lanjut dengan keyframes daripada video mengesan balik kepada sebuah repot di Morocco World News bertarikh 11 Jun 2018. 

Video menunjukkan seorang lelaki yang telah membakar dirinya  selepas dia ditangkap mencuri barang, repot itu mengatakan, memetik informasi daripada Alyaoum 24.

Repot Alyaoum 24 yang asal mengenai kejadian itu boleh didapati di sini.

Ia menyatakan bahawa lelaki yang membakar dirinya adalah berumur kira-kira 30 tahun dan tinggal di sebuah bandar kecil dekat Agadir, sebuah bandar pelancongan di selatan Maghribi. 

Repot Alyaoum itu mengatakan bahawa lelaki itu telah ditangkap mencuri gerudi dan telah bayar denda, tetapi dia kembali ke pusat membeli-belah dengan setin cat nipis sebelum membakar dirinya dengannya.

Menurut repot itu, dia meninggal dunia pada 10 Disember 2018 di sebuah hospital di kawasan Marrakesh.

Biro AFP di Rabat mengkaji rakaman video daripada pos Facebook yang mengelirukan dan berkata ia sememangnya menggambarkan kejadian di Maghribi bukan Dubai.

Kejadian di dalam video berlaku di dalam sebuah pasar raya Marjane sebab warna biru dan kuning jenama tersebut jelas terpapar di dinding dalaman kedai itu.

Marjane adalah sebuah rantaian pasar raya yang hanya boleh didapati di Maghribi.

Di bawah adalah tangkapan skrin daripada klip yang menunjukkan logo Marjane:

Image
Tangkapan skrin logo itu

Selain daripada itu, audio video telah merakam orang yang bercakap dalam bahasa Arab berdialek Maghribi semasa orang berdekatan lelaki terbakar itu menjerit. 

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami