
Video ini menunjukkan penculikan yang didakwa berlaku di Indonesia, bukan di Malaysia
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Jumaat 19/07/2019 pukul 04:35
- Dikemas kini pada hari Rabu 27/05/2020 pukul 06:57
- Durasi bacaan 3 minit
- Oleh: AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2025. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Video selama 15 saat itu telah dikongsi dalam pos Facebook ini pada 12 Jun 2016.
Video itu telah ditonton lebih daripada 4,000 kali.
Kapsyen dalam bahasa Cina itu diterjemah kepada bahasa Malaysia sebagai: “(Ke hadapan) tesco Penang 2 orang kanak-kanak hilang... memang keterlaluan! Terlalu bahaya! Jadi ingatlah untuk menjaga anak-anak apabila keluar dari rumah! Benar-benar berhati-hati!”
Di bawah adalah tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan itu:

Rakaman itu telah menunjukkan seorang wanita membawa beberapa beg di tangannya. Pada masa yang sama, seorang kanak-kanak perempuan berjalan rapat di belakangnya. Seorang lelaki yang memakai topi berjalan ke arah kanak-kanak itu dan melarikannya.
Wanita tersebut mengejar kanak-kanak itu tetapi disekat oleh dua orang lelaki yang menolaknya sehingga dia jatuh.
Video yang sama dengan dakwaan yang sama dikongsikan di Facebook di sini, sini dan sini.
Video yang sama juga dikongsi di Facebook pos ini oleh seorang pengguna yang berkata di bahagian komen bahawa insiden ini berlaku di Malaysia. Video ini telah ditonton lebih daripada 635,000 kali.
Dakwaan ini mengelirukan; video ini telah disebarkan di repot media mengenai penculikan yang didakwa berlaku di Indonesia. Ia tidak berlaku di Malaysia.
Carian imej terbalik untuk tangkapan skrin video di Yandex mendapati video ini disiarkan pada 3 June 2016 di saluran rasmi YouTube untuk CNN Indonesia. Ia mengandungi klip 15 saat yang sama seperti video di pos yang mengelirukan dari saat ke-20 sehingga saat ke-35.
Video itu boleh didapati di bawah:
Video CNN itu mempunyai tajuk dalam bahasa Indonesia yang diterjemahkan kepada bahasa Malaysia sebagai: “Keterlaluan! Rakaman Penculikan Anak di Depan Ibunya di Tangerang”.
Kapsyen video diterjemahkan sebagai: “Seorang kanak-kanak bernama Evelyn Tiandi yang berusia 8 tahun telah diculik oleh 4 orang yang tidak dikenalinya, selepas membeli belah bersama ibunya. Penculikan di kawasan Cikupa, Tangerang, yang dirakam CCTV itu, dipercayai sudah dirancang. Kumpulan penculik menjalankan aksinya dengan cara yang terkoordinasi.”
Di bawah adalah dua tangkapan skrin perbandingan rakaman di pos yang mengelirukan (kiri) dan video CNN (kanan):


Video Kompas TV ini yang diterbitkan di laman rasmi Facebook pada 4 Jun 2016 juga mengandungi rakaman video yang sama dari saat ke-9 sehingga saat ke-24. Tajuknya diterjemahkan kepada bahasa Malaysia sebagai: “Kanak-kanak 8 Tahun Diculik Oleh 4 Orang Tidak Dikenalinya.”
Kapsyennya diterjemahkan kepada bahasa Malaysia sebagai: “Penculikan kanak-kanak berlaku sekali lagi. Kali ini mangsa ialah Evelyn Tiandi, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun. Evelyn diculik oleh 4 orang yang tidak dikenali selepas membeli-belah bersama ibunya di pasar mini di Cikupa, Tangerang, Banten.”
Cerita yang sama telah dilaporkan oleh pelbagai saluran berita Indonesia pada Jun 2016 termasuklah Kompas, Pos Kota dan Liputan 6.
Laporan susulan ini yang diterbitkan oleh Liputan 6 pada 5 Jun 2016 menyatakan bahawa bapa kanak-kanak perempuan itu didakwa menculiknya berikutan pertikaian hak penjagaan anak. Tajuknya menyatakan: “‘Penculik’ Budak Evelyn Ternyata Adalah Ayahnya Sendiri.”
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami