Video ini menunjukkan pengendali bagasi membaling bagasi di lapangan terbang Hong Kong pada 2018
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Selasa 20/08/2019 pukul 11:15
- Dikemas kini pada hari Selasa 20/08/2019 pukul 11:22
- Durasi bacaan 2 minit
- Oleh: AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2025. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Video itu telah diterbitkan di sini di Facebook pada 12 Julai 2019. Pos dalam bahasa Cina diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia menyatakan: “Lapangan terbang Malaysia”.
Video selama 37 saat itu menunjukkan pengendali bagasi dalam jaket kuning dengan kasarnya membaling bagasi ke dalam kontena penyimpanan dari tali sawat penyampai.
Video itu telah ditonton lebih daripada 490,000 kali dan pos itu telah dikongsi lebih daripada 14,000 kali.
Di bawah adalah tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan:
Video yang sama dengan dakwaan yang sama diterbitkan di Facebook di sini.
Dakwaan itu tidak benar: video itu telah disebarkan di repot media sejak 2018 tentang salah laku pengurusan bagasi di Hong Kong International Airport.
Carian imej terbalik pada Google mendapati repot ini yang diterbitkan oleh South China Morning Post, suratkhabar Hong Kong, pada 29 September 2018.
Diterjemahkan dari bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia, tajuk repot menyatakan: “Pengendali bagasi lapangan terbang Hong Kong dirakam membaling bagasi dalam video Facebook yang tular.”
Di bawah adalah tangkapan skrin repot itu:
Sebahagian repot itu menyatakan: “Video yang menunjukkan kakitangan syarikat penerbangan melontar bagasi penumpang dari kapal terbang di Hong Kong International Airport telah tular di media sosial sejak dua hari kebelakangan ini.
“‘Inilah cara mereka melayan bagasi tersayang kami!!’ Marcela Fernanda Solis Walker, seorang pengguna Facebook yang telah merakamkan dan menyiarkan video itu berkata.
“Dia berkata bagasi tersebut sedang dipunggah dari sebuah kapal terbang Cathay Pacific Airways yang menuju ke Hong Kong dari Xiamen dan tiba pada pagi Khamis.
“Dalam responsnya kepada the Post, seorang jurucakap untuk Hong Kong Airport Services (HAS) berkata ia sedar akan rakaman tersebut dan telah menghubungi pihak yang berkenaan dalam isu itu.”
Marcela Fernanda Solis Walker telah menerbitkan video tersebut di sini di Facebook pada 27 September 2018.
Diterjemahkan kepada bahasa Malaysia, kapsyen posnya menyatakan: “Inilah caranya bagasi kesayangan kami dilayan!! Saya merakam video ini pagi ini setelah penerbangan saya tiba di #hongkongairport #cathaydragon #cathaypacific #cathaypacificairways #travelblogger #pengembara #bagasi penerbangan itu CX5617 xiamen-hongkong pelepasan 7:40am 27 September. Tiba di hongkong airport sekitar 9:00am.”
Di bawah adalah tangkapan skrin perbandingan video dari pos yang mengelirukan (kiri) dan pos Facebook Walker (kanan):
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami