Video ini menunjukkan seorang pengawal keselamatan di Sweden meniarapkan seorang budak lelaki, bukan seorang polis Israel menyeksa budak lelaki Palestine
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Jumaat 09/08/2019 pukul 08:45
- Dikemas kini pada hari Jumaat 09/08/2019 pukul 10:32
- Durasi bacaan 3 minit
- Oleh: AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2025. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Video itu telah diterbitkan dalam pos Facebook ini pada 26 Julai 2019.
Video selama 55 saat itu menunjukkan seorang lelaki dalam jaket kuning meniarapkan seorang budak lelaki kepada tanah.
Berikutnya adalah tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan:
Kapsyennya menyatakan: “seorang polis israel telah menyeksa seorang kanak kanak palestine hingga mati semasa tunjuk perasaan pada hari sabtu lalu, menentang pemindahan kedutaan amerika ke baitulmuqaddis..kanak kanak tersebut sempat mengucap dua kalimah syahadah sebelum meninggal..walaupon berkali-kali kumpulan aktivis cuba menyebarkan video ini di internet..ia telah dipadam oleh google,facebook dan youtube..tolong viralkan video ini seluas mungkin supaya sampai kpd semua media demi menyedarkan masyarakat antarabangsa berhubungan peristiwa yang amat kejam ini.”
Pada saat ke-10 dalam video itu, budak lelaki itu telah menaikkan jari telunjuknya dan melafazkan Syahadah.
Syahadah merupakan ucapan yang penting dalam Islam untuk melambangkan kepercayaan dalam keesaan Allah dan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai RasulNya dan diucapkan dalam dua kalimah.
Satu tweet dengan dakwaan yang sama menerima 13,000 retweet tetapi sejak itu telah dipadamkan. Tangkapan skrin pos itu telahpun diarkibkan dan boleh dilihat di sini.
Video itu juga telah dikongsikan di sini dan sini di Twitter dengan dakwaan yang sama. Ia juga telah dikongsi di Facebook di sini dalam bahasa Malaysia.
Ia juga dikongsi di Facebook di sini dalam bahasa Inggeris di mana ia telah ditonton lebih daripada 73,000 kali.
Dakwaan ini tak benar. Video ini menunjukkan seorang budak lelaki ditahan oleh pengawal keselamatan peribadi di dalam stesen keretapi Sweden pada 2015.
Carian imej terbalik Google untuk tangkapan skrin video menjumpai repot ini mengenai insiden itu diterbitkan oleh sebuah suratkhabar Sweden Sydsvenskan pada 9 Februari 2015.
Tajuk repot dalam bahasa Sweden itu diterjemahkan kepada bahasa Malaysia sebagai: “Seorang pengawal keselamatan mengetuk kepala seorang berumur 9 tahun kepada tanah.”
Video YouTube dalam repot ini merupakan video yang lebih tinggi kualitinya berbanding dengan video dalam pos yang mengelirukan.
Berikutnya merupakan tangkapan skrin perbandingan video dalam pos yang mengelirukan (kiri) dan video dalam repot Sydsvenskan (kanan):
Seorang wartawan AFP di biro Stockholm telah menganalisa video Sydsvenskan dan mendapati pemerhati di tempat kejadian di dalam video sedang bercakap dalam bahasa Sweden termasuklah ayat-ayat, “Itu adalah kanak-kanak” dan “Berapa umur dia?”
Pada permulaan video, terdapat pengawal keselamatan berbaju jaket kuning dengan perkataan dalam bahasa Sweden “Ordnings Vakt” di depan dan belakang jaket. Ini diterjemahkan kepada bahasa Malaysia sebagai “Pengawai Khidmat Masyarakat”, sekumpulan pengawai yang menolong polis Sweden.
Di bawah adalah tangkapan skrin video pada saat ini. AFP telah membulatkan perkataan tersebut pada jaket dalam warna merah.
France24 juga telah menerbitkan berita mengenai insiden itu di sini pada 11 Februari 2015, dua hari selepas artikel di suratkhabar Sweden itu diterbitkan.
Tajuk artikel itu: “Video ini menunjukkan pengawal keselamatan Sweden ‘menyerang’ seorang kanak-kanak.”
Tiga perenggan yang pertama menyatakan: “Dua pengawal keselamatan peribadi di bawah siasatan polis selepas mereka dirakam di kamera dengan kerasnya menahan seorang budak lelaki 9 tahun di stesen keretapi di Malmo, kota Sweden, pada 6 Februari. Sweden tergaman dengan rakaman tersebut manakala kumpulan hak asasi manusia berkata ia bukanlah kali pertama pengawal keselamatan peribadi Sweden terlanjak kuasa sempadan mereka.
“Dalam tiga video yang berlainan dirakam oleh saksi, seorang pengawal keselamatan peribadi dilihat menolak budak lelaki tersebut ke tanah, duduk di atasnya dan menutup muka dan mulut budak lelaki itu. Budak lelaki itu boleh kedengaran mengucapkan Syahadah, ucapan kepercayaan Islam.
“Pengawal keselamatan tersebut, pekerja syarikat sekuriti Svensk Bevakningstjänst, telah menahan budak lelaki itu dan kawannya yang berusia 12 tahun selepas mereka didapati menaiki keretapi tanpa tiket. Budak-budak tersebut telah melarikan diri daripada sebuah rumah penjagaan dan beberapa saksi berkata bahawa mereka tidak dapat bercakap dalam bahasa Sweden.”
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami