Video ini menunjukkan seorang wanita China mendakwa diganggu di China -- ia tidak ada kena-mengena dengan Malaysia

  • Artikel ini berusia lebih dari setahun.
  • Diterbitkan pada hari Jumaat 23/08/2019 pukul 06:10
  • Durasi bacaan 3 minit
  • Oleh: Rachel YAN, AFP Malaysia
Video yang telah ditonton puluhan ribu kali di beberapa pos Facebook mendakwa ia menunjukkan seorang wanita China menangis sebab ditipu pergi ke Malaysia dan sekarang berhutang duit dengan orang lain. Dakwaan ini tak benar. Perempuan di dalam video ini berkata dia telah diganggu seorang lelaki di China dan hanya menerima sedikit bantuan daripada polis tempatan.

Video ini yang dimuat naik ke Facebook pada 13 Julai 2019 oleh pengguna Facebook Rico Hiew di sini, telah ditonton lebih daripada 80,000 kali dan dikongsi lebih daripada 1,600 kali.

Video menunjukkan seorang wanita menangis dan bercakap dalam bahasa Cina kepada kamera. 

Kapsyen pos dalam bahasa Cina diterjemahkan kepada bahasa Malaysia sebagai:

“Tengok bagaimana sekuriti Malaysia bertindak
Menipu orang China lagi
Kebanyakannya perempuan China
Ditipu untuk masuk Malaysia
Mereka hutang banyak bayaran agensi.” 

Kapsyen itu berakhir dengan hashtag yang berkata: “Pergilah cari bantuan dari kedutaan China.”

Di bawah adalah tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan itu:

Image
Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan

Hiew juga memuat naik video yang sama di kumpulan Facebook awam dengan lebih daripada 1.1 juta ahli di sini. Pos telah dikongsi lebih daripada 2,400 kali.

Dakwaan dalam pos yang mengelirukan itu tak benar. Wanita di dalam video itu sebenarnya bercakap tentang kejadian diganggu oleh lelaki di China.

Komennya diterjemahkan ke bahasa Malaysia sebagai: “Semua orang, saya rayu kepadamu, semua, tolonglah lindungi dan selamatkan saya! Nama saya Pei Xin, dan saya tinggal di daerah Huashan, kota Ma’anshan, wilayah Anhui.

“Awal tahun ini, saya diganggu oleh seorang lelaki bernama Guo Yinan. Mula-mulanya dia akan datang ke rumah saya dan mengetuk pintu. Sekarang, dia asyik memberitahu orang lain saya teman wanitanya.

“Ia berlaku dari Januari ke Julai tahun ini -- sejumlah enam bulan. 

“Pada Februari saya pergi ke Balai Polis Shatang (sebuah balai polis di daerah Huashan) untuk melaporkan kes ini, tetapi tidak diterima. 

“Hari ini saya menelefon Balai Polis Huoli di Ma’anshan di mana saya tinggal (berdekatan) untuk pertolongan. Pengawai polis berkata: ‘Kes kamu telah difailkan dan kami tidak boleh berbuat apa-apa melainkan dia datang ke rumah kamu dengan pisau untuk bunuh kamu.’”  

Huashan merupakan sebuah daerah di kota Ma’anshan, di wilayah Anhui yang terletak di timur China. Peta ini menunjukkan letak Huashan dan Ma’anshan.

Carian kata kunci menjumpai video yang dimuat naik pada akaun Weibo wanita itu, tetapi video dan akaun Weibo wanita itu, @春秋两不沾-, tidak lagi wujud dalam talian. Tangkapan skrin posnya -- bertarikh 11 Julai 2019 -- masih boleh didapati dalam repot ini oleh stesen radio FM1036 yang berasal dari Fujian pada 16 Julai 2019.

Berikutnya tangkapan skrin repot FM1036 itu:

Image
Tangkapan skrin repot FM1036

Kapsyen pos Weibo wanita itu diterjemahkan kepada bahasa Malaysia sebagai: “Betul, selepas saya menelefon polis, mereka tidak berbuat apa-apa dan cuma meletakkan ganggang telefon. Lelaki ini masih selalu mengganggu saya; apa yang dia mahu saya buat? Sekarang saya rasa lebih baik lelaki itu akan buat sesuatu terhadap saya ataupun dia yang sorok di bayang-bayang tidak akan dihukum. Sina, mahukah kamu terus memadamkan video saya dalam saat-saat seterusnya?”

Sina” merujuk kepada syarikat teknologi China yang memiliki Weibo, laman sesawang ‘microblogging’ China.

Polis di daerah Huashan mengeluarkan kenyataan di Weibo di sini pada 16 July 2019 tentang video dan dakwaan kes gangguan.

Ayat pertama kenyataan polis itu menyatakan: “Pada kira-kira pukul 4 pm pada 11 Julai, Pei, penduduk Ma’anshan, memuat naikkan video pada akaun Weibonya @春秋两不沾- mendakwa bahawa dia telah diugut dan dihasut oleh Guo, dan balai polis daerah telah mengabaikan laporannya.

Perenggan kedua kenyataan itu menyatakan: “Pada Januari tahun ini, Guo telah membeli satu rantai tangan daripada Pei melalui WeChat pada harga 1,000 yuan. Guo kemudiannya percaya bahawa rantai tangan itu adalah palsu dan dia meminta Pei beberapa kali untuk bayaran balik tetapi Pei tidak mahu. Kedua-dua pihak kemudiannya bertingkah. Selepas siasatan, rantai tangan yang dijual Pei didapati palsu. Dan dakwaan Pei di dalam video -- yang dia telah diugut dan dihasut Guo dan polis enggan menerima kesnya -- adalah direka semata-mata. Videonya mendapat lebih daripada 40 juta tontonan, menyebabkan kesan sosial yang sangat buruk.”

Polis berkata lagi bahawa mereka membagi Pei “langkah paksaan jenayah” bagi “disyaki jenayah provokasi, dan kes masih disiasat”.

Tidak lama selepas polis mengeluarkan kenyataan mereka, juga pada 16 Julai 2019, Weibo mengumumkan bahawa mereka telah menggantung akaun Weibo Pei.

Dakwaan kes gangguan juga dilaporkan oleh laman media China seperti Beijing News di sini dan China News di sini.

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami