Video Mike Tyson tunai solat ini dirakam di gim peribadinya

Hak cipta AFP 2017-2020. Semua hak cipta terpelihara.

Satu video yang ditonton ratusan ribu kali di pelbagai catatan Facebook mendakwa ia menunjukkan petinju Mike Tyson dan dua atlet lain menunaikan solat di sebuah kedai kopi yang melarang “anjing dan orang Islam”. Dakwaan itu mengelirukan. Video tersebut dirakam di gim peribadi Tyson pada Ogos 2020.

Video itu disiarkan di sini di Facebook pada 20 Oktober 2020. Ia telah ditonton lebih daripada 12,000 kali. 

Kapsyennya menyatakan: “Pemilik Cafe di tegah kota Los Angeles menuliskan di depan pintu Cafe nya bahwa : ‘muslim dilarang masuk’.

“Tapi ketiga orang muslim ini tak peduli,mereka masuk juga ke dlm Cafe tersebut, tidak membeli apa apa tapi langsung meletakkan sajadah dan terus solat Ashar. Pemilik Cafe, security dan pegawainya hanya ‘terdiam’ dan tak mampu berbuat apa apa cuma hanya mampu menyaksikan ‘tanpa mengeluarkan kata kata’, mereka terlalu takut untuk membuka mulutnya.

“Ketiga muslim itu adalah :
Mantan juara tinju kelas berat dunia yg sangat tersohor : *Mike Tyson* dan present World Boxing Champion : *Sweden Bado Jack* dan Imam solatnya : present world kick boxing champion *Aamar Abddallah*.”

Video berdurasi 43 saat itu menunjukkan Tyson berdoa dengan ahli tinju Badou Jack dan kickboxer Amer Abdallah.

Tangkapan skrin catatan Facebook yang mengelirukan, diambil pada 28 Oktober 2020

Video yang sama telah ditonton hampir 80,000 kali setelah dikongsi dengan dakwaan yang serupa di Facebook di sini, sini, sini dan sini.

Video itu telah ditonton lebih daripada 629,000 kali setelah dikongsi dengan dakwaan serupa dalam bahasa Indonesia, bahasa Inggeris dan bahasa Perancis.

Namun begitu, dakwaan tersebut mengelirukan.

Video itu telah dirakam di gim persendirian Tyson di dalam kompleks Tyson Ranch miliknya.

Analisis video dengan lebih teliti mendedahkan parap "TR" yang dapat dilihat di dinding di belakang ketiga-tiga lelaki itu.

Carian kata kunci untuk “Mike Tyson TR” di Google menjumpai Tyson Ranch, sebuah syarikat yang diasaskan oleh Tyson. Logonya serupa dengan apa yang dilihat pada dinding dalam video itu.

Tyson Ranch juga merupakan nama kompleks khusus untuk ganja yang dicipta oleh Tyson di California. 

Dinding dengan parap TR juga muncul di catatan lain di sini dan sini di akaun Instagram Tyson.

Carian untuk “Tyson Ranch” di Instagram mendedahkan dua video bertarikh 23 Ogos 2020. Mereka serupa dengan klip dalam catatan yang mengelirukan.

Salah satunya dimuat naik oleh ahli tinju Sweden-Gambia Badou Jack, yang berdiri di sebelah kiri Tyson dalam video itu. Di kapsyennya, beliau menulis: “Berdoa berdampingan dengan saudara-saudaraku @miketyson dan @teamabdallah”.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Praying side by side with my brothers @miketyson & @teamabdallah #muslimbrothers #alhamdulillah @badoujackfoundation

A post shared by Badou Jack "The Ripper" (@badoujack) on

Akaun kedua milik Amer Abdallah, juara kickboxing dari Jordan dan pengurus Badou Jack. Dalam gambar itu, dia dapat dilihat bersolat di hadapan dua lelaki tersebut.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Praying with the Home Team before our workout 👊🏼 @badoujack @miketyson #Alhamdulillah

A post shared by Amer Abdallah (@teamabdallah) on

Video yang lebih panjang peristiwa itu telah disiarkan di YouTube di sini oleh sebuah saluran tinju. Kapsyennya menunjukkan ia diambil di Tyson Ranch.

Dalam balasannya terhadap dakwaan yang mengelirukan, Abdallah telah menulis dalam kisah Instagram pada 20 Oktober 2020 bahawa video itu dirakam di gim peribadi Tyson. 

“Saya nampak beberapa catatan baru berkenaan doa Badou Jack, Mike Tyson dan saya baru-baru ini muncul semula dengan kisah yang tidak masuk akal berkaitan sebuah Kedai Kopi yang berpusat di Los Angeles,” tulisnya.

Tambahnya lagi: “Secara ringkasnya, Badou Jack dan saya mengunjungi Mike Tyson di gim peribadinya di mana dia mempunyai bar jus dan kami berdoa Dhuha bersama. Tidak lebih, tidak kurang. Saudara-saudara berdoa sebelum bersenam. Habis perkara.”

Tangkapan skrin kisah Instagram Abdallah, diambil pada 21 Oktober 2020, yang tidak lagi tersedia