Ini video bacaan al-Quran saat majlis perasmian stadium di Doha setahun sebelum Piala Dunia 2022
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Jumaat 09/12/2022 pukul 08:21
- Dikemas kini pada hari Jumaat 09/12/2022 pukul 08:31
- Durasi bacaan 2 minit
- Oleh: Wasi MIRZA, AFP Pakistan, AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2024. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Video yang menunjukkan seorang lelaki mengetuai sekumpulan budak lelaki membaca al-Quran dikongsi di sini di Facebook pada 18 November 2022.
Diterjemahkan daripada bahasa Inggris, teks pelekat bertulis: "Majlis perasmian / Piala Dunia Fifa 2022 di Qatar dengan bacaan al-Quran / MasyaAllah".
Kapsyen kepada catatan itu berbunyi: "Allahuakbar dengar bacaan dia naik bulu roma".
Klip berdurasi semenit 24 saat itu telah ditonton lebih daripada sejuta kali.
Video yang sama telah ditonton lebih daripada 7,100 kali setelah muncul dengan tuntutan serupa di Facebook di sini, di sini, di sini dan di sini.
Video itu juga beredar dalam catatan serupa dalam bahasa Inggeris, bahasa Indonesia, bahasa Urdu, bahasa Bengali, bahasa Burma dan bahasa Thai.
Tuntutan itu dikongsi ketika Qatar bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah majlis pembukaan Piala Dunia , yang dipentaskan pada 20 November 2022 di Stadion Al Bayt, di Doha, ibu negara Qatar.
Negara Teluk itu telah membelanjakan $200 bilion untuk projek pembinaan yang luar biasa untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia selepas ia mengejutkan dunia bola sepak dengan memenangi hak untuk menjadi tuan rumah kejohanan itu pada 2010.
Duta Piala Dunia Ghanim Al Muftah benar-benar mengucapkan ayat Al-Quran semasa majlis itu, tetapi video yang tersebar di media sosial dirakam pada Oktober 2021.
Klip stadium lama
Carian imej terbalik menemui video yang lebih panjang, dimuat oleh Alrayyan TV, saluran berita Qatar, di YouTube pada 22 Oktober 2021.
"Majlis perasmian rasmi Stadium Piala Dunia Al Thumama | Piala Dunia 2022 di Qatar," tajuk video dalam bahasa Arab itu berbunyi.
Stadion Al Thumama terletak di Doha, sekitar 60 km dari Stadion Al Bayt.
Berikut perbandingan tangkapan skrin video dalam siaran mengelirukan (kiri) dan klip asal dari Alrayyan TV (kanan):
Bacaan al-Quran juga boleh dilihat dalam video perasmian stadium terbitan Al Jazeera.
Menurut kenyataan FIFA, Stadium Al Thumama di Doha dirasmikan pada 22 Oktober 2021, apabila stadion itu menjadi tuan rumah perlawanan akhir Piala Amir, piala kejohanan sepak bola Qatar -- setahun sebelum digunakan untuk Piala Dunia.
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami