Ini video bacaan al-Quran saat majlis perasmian stadium di Doha setahun sebelum Piala Dunia 2022
Dikemas kini pada 09/12/2022 pukul 08:31
Sebuah video telah ditonton lebih dari sejuta kali selepas dikongsikan dalam catatan media sosial dengan dakwaan salah bahwa ia menunjukkan bacaan al-Quran pada majlis perasmian Piala Dunia 2022, yang berlangsung di Stadium Al Bayt, di Doha, Qatar. Klip itu sebenarnya dirakam saat perasmian stadium yang berbeza di Doha pada Oktober 2021.