Video menunjukkan bunga catkin dari pokok poplar, bukan 'hujan cacing' di China

Sebuah video telah ditonton jutaan kali selepas dikongsikan dengan dakwaan palsu bahawa ia menunjukkan "hujan cacing" di Beijing, China. Video itu sebenarnya dirakam di bandar Shenyang, di timur laut China, dan menunjukkan bunga catkin yang gugur daripada pokok poplar, yang memang sering ditemukan di Wilayah Liaoning dan bahagian utara negara itu.

Video itu dimuat naikkan pada 10 Mac 2023 di TikTok di sini,di mana ia telah ditonton lebih daripada 370 kali.

Video berdurasi 20 saat itu menunjukkan barisan kereta di sebuah jalan yang diselebungi dengan objek yang terlihat berbentuk seperti cacing.

Kapsyen catatan itu berbunyi: "Hujan Cacing di Beijing - rata-rata netizen tertanya-tanya apakah petandanya?"

Teks pelekat dalam video mengulangi apa yang ditulis di bahagian kapsyen.

Image
Tangkapan skrin catatan keliru, diambil pada 14 April 2023

Video itu telah ditonton lebih daripada 4.6 juta kali selepas dikongsikan dengan dakwaan serupa di TikTok di sini dan di sini, serta di Facebook di sini, di sini dan di sini.

Catatan serupa juga tersebar dalam bahasa Cina, bahasa Inggeris, bahasa Indonesia dan bahasa Jepun.

Bagaimanapun, video itu menunjukkan bunga catkin yang gugur dari pokok poplar, bukan "hujan cacing".

Catkin daripada pokok poplar

Melihat lebih dekat pada ternyata plat lesen yang dilihat pada kenderaan dalam video itu berawal dengan tulisan "辽A", yang merupakan plat lesen kendaraan di bandar Shenyang, di Wilayah Liaoning, sebelah timur laut China.

Carian kata kunci di Baidu Maps menggunakan nama kedai yang dilihat dalam klip mendapati video itu dirakam di Jalan Wenhua di Shenyang.

Berikut perbandingan tangkapan skrin video dalam catatan keliru (kiri) dan imej jalan di Baidu Maps (kanan):

Image
Perbandingan tangkapan skrin video dalam catatan keliru (kiri) dan imej jalan di Baidu Maps (kanan)

Seseorang dengan nama keluarga Zhang, yang bekerja di sebuah restoran berhampiran dengan lokasi tersebut, mengesahkan kepada AFP terdapat pokok poplar di Jalan Wenhua yang menggugurkan bunga secara bermusim.

“Saya melihat bunga poplar berguguran di jalanan setiap tahun di Shenyang,” kata Zhang pada 28 Mac 2023.

Zhang juga berkongsi kepada AFP beberapa foto yang ia ambil, yang menunjukkan bunga-bunga catkin di Jalan Wenhua, di luar restoran tempat ia bekerja.

Berikut foto-foto pohon poplar dan bunga catkin yang diambil Zhang pada tanggal 28 Maret 2023:

Image
Foto pokok poplar dan catkin diambil oleh Zhang ( Foto ihsan)

Pokok poplar adalah sebahagian daripada keluarga willow, berasal dari hemisfera utara. Bunga mereka mekar dalam bentuk catkin -- gugusan bunga berbetuk silinder yang terkulai. Bunga ini mekar sebelum daun muncul, untuk memudahkan pendebungaan angin.

China mempunyai "kekayaan yang unik" akan jenis pokok keluarga poplar, terutamanya di pelbagai wilayah utara negara itu, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).

Biro Keselamatan Awam, bahagian dari Kementerian Keselamatan Awam China, juga berkata pada 12 Mac 2023 di Weibo bahawa video yang tular itu menunjukkan bunga daripada pokok poplar.

Shi Jun, ahli jawatankuasa komunikasi saintifik di Persatuan Botani China, memuat naikkan beberapa foto catkin yang serupa pada 12 Mac 2023 di Weibo, bersama hashtag mengenai video itu.

Foto-foto catkin itu menyerupai apa yang terlihat dalam video.

Berikut tangkapan skrin foto-foto yang dikongsikan Shi di Weibo:

Image
Catatan Shi Jun di Weibo

Lewis J. Feldman, profesor biologi tumbuhan di University of California, Berkeley, berkata "tekaan terbaiknya" ialah video tular itu menunjukkan bunga catkin.

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami