Video ini dihasilkan oleh komputer, bukan menunjukkan ‘roket jatuh di Lautan Hindi’

Diterbitkan pada 04/06/2021 pukul 06:50

Satu video telah ditonton puluhan ribu kali setelah tersebar secara meluas di Facebook, YouTube, TikTok dan Twitter dengan dakwaan bahawa ia menunjukkan "detik-detik jatuhnya serpihan roket di Lautan Hindi”. Dakwaan itu tak benar: video itu sebenarnya menunjukkan imej yang dijana komputer buatan sebuah syarikat keselamatan Australia pada tahun 2016.