Video menunjukkan ribut pasir di Arab Saudi, bukan Israel

Ribut pasir menyelubungi beberapa kawasan di Israel pada akhir April, tetapi video yang tular di media sosial sebenarnya menunjukkan rakaman fenomena tersebut di Arab Saudi.

"Kalau semalam gempar Israel terbakar. Harini ribut pasir pula berlaku di sempadan Mesir dan Israel. Dijangkakan akan membadai Tel Aviv," bunyi siaran Faceboook pada 1 Mei 2025.

Video yang telah ditonton lebih daripada 51,000 ribu kali menunjukkan ribut pasir yang besar menghampiri jalan raya. 

Image
Tangkapan skrin siaran Facebook palsu, diambil 13 Mei 2025

Siaran serupa juga dikongsi di Facebook dan TikTok. Ia juga tular dalam siaran bahasa Inggeris, Sepanyol and Perancis.

Ribut pasir melanda kawasan Negev, Israel pada 30 April ketika negara itu berusaha memadamkan kebakaran liar berpunca dari angin kencang (pautan arkib). 

Kebakaran liar di Baltulmaqdis menyebabkan pemindahan penduduk dan penutupan jalan raya utama. Kebakaran itu berjaya dikawal awal Mei, menurut pihak berkuasa Israel (pautan arkib).

Namun, video ribut pasir yang tular di media sosial sebenarnya diambil di Arab Saudi dan bukannya Israel. 

Carian imej terbalik membawa kepada siaran Facebook yang dikongsi pada 21 Mac 2025. Kapsyen siaran itu berkata video tersebut diambil di Arab Saudi (pautan arkib). 

Image
Perbandingan tangkapan skrin siaran palsu (kiri) dan klip dari Mac 2025 (kanan)

Organisasi semakan fakta Turkiye, Teyit, sebelum ini menafikan dakwaan video tersebut dan mendapati struktur yang dilihat pada penghujungnya sepadan dengan foto sebuah masjid yang diambil pada 2023 di bandar Wadi ad-Dawasir, Arab Saudi (pautan arkib di sini dan di sini).

Image
Perbandingan tangkapan skrin bagi video yang dikongsi secara palsu (kiri) dan foto yang daripada Google Maps (kanan)

Carian lanjut di Google Earth menunjukkan pandangan udara masjid tersebut sepadan dengan yang ditunjukkan dalam video (pautan arkib).

Image
Perbandingan tangkapan skrin video palsu (kiri) dan pandangan udara Google Earth (kanan)

Jurucakap Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi, Hussein Al-Qahtani, juga mengeluarkan kenyataan di akaun X pada akhir Mac bahawa ribut pasir telah melanda Wadi ad-Dawasir (pautan arkib).

AFP sebelum ini pernah menafikan beberapa video palsu berkenaan Israel di sini dan di sini .

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami