Ini bukan gambar 'simpanan emas di bawah tanah kepunyaan Ratu Elizabeth II'

Diterbitkan pada 19/10/2022 pukul 09:15

Sejumlah catatan Facebook berkongsi imej mendiang Ratu Elizabeth II melawat peti besi dengan timbunan jongkong emas bersama dakwaan bahawa gambar-gambar itu menunjukkan simpanan emas mendiang ratu. Dakwaan ini adalah palsu. Walaupun keluarga diraja Britain dianggarkan memegang aset bernilai ratusan juta pound sterling, gambar-gambar itu menunjukkan mendiang ratu dalam lawatan ke peti besi Bank of England pada tahun 2012. Bank pusat UK dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan UK, bukan keluarga diraja.