Rakaman lama kes keranda di Afrika Selatan disebar sebagai krisis Sudan

Selepas pasukan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF) di Sudan menawan kubu kuat tentera di bandar barat El-Fasher pada akhir Oktober 2025, siaran media sosial berkongsi satu video yang kononnya menunjukkan seorang lelaki dipaksa ke dalam keranda di Sudan. Video itu sebenarnya dirakam pada 2016 dan menunjukkan petani kulit putih di Afrika Selatan menolak seorang lelaki kulit hitam ke dalam keranda.

Kandungan grafik

"Sudan sedang melalui krisis kemanusiaan paling buruk di dunia perang saudara yang bermula sejak April 2023 antara dua pihak tentera telah menyebabkan jutaan nyawa terkesan," bunyi sebahagian kapsyen Instagram yang disiarkan pada 3 November 2025. 

Klip yang disertakan menunjukkan seorang lelaki berkulit hitam dipaksa masuk ke dalam keranda oleh seorang lelaki kulit putih. 

Tunjukkan Sembunyikan

Amaran kandungan

Image
Tangkapan skin siaran palsu diambil pada 14 November 2025 dengan tanda X merah ditambah oleh AFP

Video itu tersebar dalam talian ketika tentera Sudan dan kumpulan separa tentera terlibat dalam perebutan kuasa yang telah berlarutan selama lebih dua tahun.

Pertempuran tercetus sejak April 2023, melibatkan pasukan ketua tentera Abdel Fattah al-Burhan menentang bekas timbalannya, komander RSF Mohammed Hamdan Daglo (pautan arkib).

RSF menawan El-Fasher, kubu kuat utama tentera terakhir di Darfur barat pada 26 Oktober. Laporan pembunuhan beramai-ramai, keganasan seksual dan penjarahan tersebar selepas itu dan mendapat kecaman antarabangsa. 

Konflik ini telah meragut puluhan ribu nyawa dan memaksa jutaan orang meninggalkan rumah mereka, apabila pertempuran terbaru merebak ke wilayah baharu, menimbulkan kebimbangan terhadap bencana kemanusiaan yang semakin meruncing (pautan arkib).

Klip serupa juga disiarkan di Facebook dan Threads

Tetapi video itu adalah lama dan mendahului krisis semasa di Sudan.

Insiden tidak berkaitan

Carian imej terbalik di Google membawa kepada video sama yang dimuat naik di saluran YouTube penyiar milik negera China CGTN pada 18 November 2016 (pautan arkib).

Video itu bertajuk, “Lelaki kulit putih Afrika Selatan memaksa lelaki kulit hitam masuk ke dalam keranda.”

Tunjukkan Sembunyikan

Amaran kandungan

Image
Perbandingan tangkapan skrin klip yang dikongsi dalam siaran palsu (L) dan video yang dimuat naik di saluran YouTube CGTN

Klip itu turut dikongsi di halaman Facebook rasmi media tersebut dengan kapsyen yang sama (pautan arkib).

Rakaman itu juga dimasukkan dalam laporan yang diterbitkan Al Jazeera berkaitan dua lelaki kulit putih di Afrika Selatan yang didakwa atas kesalahan menculik, menyerang dan cubaan membunuh selepas video itu yang menunjukkan mereka menolak seorang lelaki kulit hitam ke dalam keranda dan mengancam membakarnya hidup-hidup tular (pautan arkib).

Willem Oosthuizen dan Theo Jackson mengaku tidak bersalah berhubung kejadian yang berlaku di sebuah ladang berhampiran Middleburg di Mpumalanga, wilayah di timur Afrika Selatan.

Dua lelaki itu didapati bersalah atas cubaan membunuh dan diberi hukuman penjara 19 dan 16 tahun pada Oktober 2017 (pautan arkib).

Afrika Selatan menghadapi krisis perkauman yang mendalam dan insiden perkauman kerap tercetus di media sosial walaupun pemerintahan minoriti kulit putih berakhir pada 1994.

AFP pernah menafikan maklumat palsu berpunca daripada krisis politik lain di sini dan di sini.

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami