Catatan keliru dakwa saintis Jepun Yoshinori Ohsumi mengesyorkan berpuasa untuk mengubati kanser
Diterbitkan pada 12/12/2022 pukul 06:44
Siaran media sosial berkongsi dakwaan keliru bahwa saintis Jepun Yoshinori Ohsumi, yang memenangi Hadiah Perubatan Nobel 2016, mengesyorkan berpuasa untuk mengubati atau menyembuhkan kanser. Penyelidikan Ohsumi telah membawa kepada pemahaman baru tentang bagaimana gangguan pada "kitar semula" sel boleh menyebabkan penyakit seperti kanser. Walau bagaimanapun, AFP tidak menemui bukti beliau membuat kenyataan yang didakwa itu. Beberapa pakar kesihatan memberitahu AFP bahawa berpuasa tidak menyembuhkan kanser dan memberi amaran berbuat demikian boleh membahayakan pesakit.