Gambar-gambar ini menunjukkan konsep reka bentuk rumah yang dicipta oleh arkitek di Rusia

Hak cipta AFP 2017-2021. Semua hak cipta terpelihara.

Beberapa gambar telah dikongsi ribuan kali di Facebook, Instagram, Twitter dan Reddit dengan dakwaan bahawa mereka menunjukkan rumah Presiden Rusia Vladimir Putin di Sochi, Rusia. Dakwaan itu tak benar: gambar-gambar itu menunjukkan konsep reka bentuk rumah yang dicipta oleh seorang arkitek di Rusia — bukan bangunan yang sebenar.

Beberapa gambar sebuah bangunan muncul pada 29 Januari 2021 dalam catatan Facebook ini

Catatan Facebook yang mengelirukan itu menyatakan: “Di khbr kn ni rumah presiden Russia Mr. Putin. 
Lokasi di sochi, Russia.
Di design oleh Russian architect Roman Vlasov.
Semcm je rupa rumah ni…”

Tangkapan skrin catatan Facebook yang mengelirukan, diambil pada 14 April 2021

Vladimir Putin ialah presiden Rusia sekarang.

Sochi merupakan bandar peranginan di barat daya Rusia.

Gambar-gambar tersebut juga telah dikongsi lebih daripada 11,000 kali selepas mereka muncul dengan dakwaan serupa dalam bahasa Malaysia di sini; dalam bahasa Inggeris sini, sini dan sini di Facebook; di sini di Instagram; di sini di Twitter; dan di sini di Reddit. 

Foto-foto itu juga dikongsi dengan dakwaan serupa dalam bahasa lain, seperti bahasa Perancis, bahasa Jepun, bahasa Czech dan bahasa Sepanyol

Catatan tersebut dikongsi tidak lama selepas pengkritik Kremlin Alexei Navalny mengeluarkan dokumentari ini di saluran YouTubenya tentang sebuah rumah yang besar agam di pantai Laut Hitam berhampiran Gelendzhik, Krasnodar Krai, Rusia, yang menurutnya milik Putin. Media Rusia yang dikendalikan oleh kerajaan itu menolak dakwaan tersebut dan jutawan Arkady Rotenberg, sekutu Putin, berkata bahawa beliau memiliki harta itu dan berancang “untuk mengubahnya menjadi hotel pangsapuri”, seperti yang dilaporkan oleh AFP di sini

Sebelum itu, media lain, seperti Reuters dan The New York Times, melaporkan bahawa kediaman rasmi Putin terletak di Novo-Ogaryovo, sebelah barat Moscow, dan kemungkinan besar, di Sochi juga. 

Namun, dakwaan itu tak benar.

Hasil carian imej terbalik di Google mendapati gambar-gambar tersebut diterbitkan di sini, sini dan sini pada 25 Januari 2021, di akaun Instagram arkitek dan pereka yang berpusat di Rusia, Roman Vlasov.

Ketiga catatan itu mempunyai keterangan berbahasa Inggeris yang berbunyi: “RUMAH PUTIN
atau sebuah cerita mengenai rupa vilanya
Oleh @_vlasov_roman_ .” 

Kapsyen ini juga mengandungi tanda pagar #design dan #concept, yang mencadangkan bahawa ia bukan bangunan sebenar.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Roman Vlasov (@_vlasov_roman_)

Ketika dihubungi oleh AFP, arkitek tersebut mengesahkan dalam e-melnya pada 8 April 2021: “Saya ialah pengarang projek ini” dan karya itu “hanya konsep”.

“Dalam akaun Instagram saya, terdapat keterangan untuk karya ini,” katanya lagi. “Dan ia menjelaskan bahawa ini adalah visi saya mengenai rumah Presiden negara saya, Vladimir Putin. Saya tidak menulis di mana-mana bahawa rumah ini adalah miliknya.”

Berikut adalah perbandingan tangkapan skrin gambar-gambar dari catatan Facebook yang mengelirukan (kiri) dan gambar asli (kanan):

Perbandingan skrin tangkapan skrin gambar-gambar dari catatan Facebook yang mengelirukan (kiri) dan gambar asli (kanan)
Terjemahan dan adaptasi