George Floyd

Gambar-gambar ini adalah karya seni peminat dan adegan dari The Simpsons yang dipersembahkan dalam konteks mengelirukan

Dikemas kini pada 01/07/2020 pukul 05:53

Enam gambar telah dikongsi ratusan kali di pelbagai posting di Facebook, Twitter dan Instagram bersama-sama dakwaan bahawa mereka menunjukkan siri animasi popular The Simpsons sudah “meramal” tunjuk perasaan untuk George Floyd. Dakwaan itu tidak benar. Gambar-gambar tersebut adalah gabungan karya seni peminat yang dibuat beberapa tahun sebelumnya dan tangkapan skrin dari siri sebenar yang dikemukakan dalam konteks yang mengelirukan.