
Kementerian Kesihatan Malaysia nafi denda tak guna fungsi baru MySejahtera
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari 10/09/2021 jam 11:45
- Dikemas kini pada hari 10/09/2021 jam 13:20
- Durasi bacaan 2 minit
- Oleh: AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2025. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Dakwaan itu dikongsikan di Facebook di sini pada 5 September 2021.
Keterangannya berbunyi: “Mana yg belum update mysejahtera sila lah buat, update kat play store foc, kalau x click check out denda 1,500. Bukan Aku madah dak nya madah, aku share jk ...jangan kata hakak x payong hehehe”.
Catatan itu berkongsi imej-imej berkaitan aplikasi MySejahtera.

Dakwaan serupa juga dikongsikan di Facebook di sini dan sini dalam bahasa Cina, bersama dengan foto Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

MySejahtera ialah aplikasi mudah alih rasmi daripada kerajaan yang berfungsi untuk menyimpan rekod vaksinasi, mengesan kontak rapat Covid-19 dan memaparkan sejarah hasil ujian Covid-19.
Baru-baru ini, aplikasi ini dikemas kini dan dilengkapi dengan ciri-ciri baru, seperti yang diumumkan oleh KKM di sini pada 4 September 2021 dan oleh Khairy di sini pada 2 September 2021.
Walau bagaimanapun, dakwaan tersebut tidak benar.
Tiada denda sebegitu
Dakwaan itu dinafikan oleh KKM melalui catatan Facebook ini pada 3 September 2021.
Catatan tersebut menyatakan: “Grafik yang tular dalam whatsapp ini adalah tidak benar. Tiada denda RM1500 jika tidak 'check out' dalam MySejahtera sebagaimana yang dinyatakan dalam grafik tersebut."
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) juga membuat ciapan ini mengenai penafian KKM pada 4 September 2021.
Foto Khairy
Carian imej terbalik mendapati foto Khairy telah diterbitkan oleh Bernama pada 7 Ogos 2021, ketika beliau masih menteri penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Khairy mengangkat sumpah sebagai menteri kesihatan pada 30 Ogos 2021.
Berikut adalah perbandingan tangkapan skrin gambar dalam catatan mengelirukan yang lain (kiri) dan foto Bernama (kanan):

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami