Senarai rawatan Covid-19 yang tidak berasas disebarkan secara dalam talian
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Selasa 03/11/2020 pukul 05:10
- Durasi bacaan 3 minit
- Oleh: AFP Filipina, AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2025. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Dakwaan itu dikongsikan di sini di Facebook pada 8 Oktober 2020.
Sebahagian catatan Facebook yang panjang dan mengelirukan tersebut menyatakan: “Nasihat dari hospital pengasingan, kita boleh lakukan di rumah.
“Ubat yang diambil di hospital pengasingan.
1. Vitamin C-1000.
2. Vitamin E (E).
3. Dari (10-11 pagi), duduk di bawah sinar matahari selama 15-20 minit.
4. Makan telur sekali.
5. Kami berehat / tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam.
6. Kami minum 1.5 liter air setiap hari.
7. Semua makanan mestilah suam (tidak sejuk).
“Dan itulah yang kami lakukan di hospital untuk menguatkan sistem imun.
“Perhatikan bahawa pH coronavirus berbeza dari 5.5 hingga 8.5.
“Oleh itu, yang harus kita lakukan untuk menghilangkan virus adalah dengan mengambil lebih banyak makanan beralkali di atas tahap keasidan virus.
“Seperti :
Pisang,
Lemon hijau - pH 9,9.
Lemon Kuning - 8.2 pH.
Alpukat - 15.6 pH.
* Bawang putih - pH 13.2.
* Mangga - 8,7 pH.
* Tangerine - 8.5 pH.
* Nanas - pH 12.7.
* Selada air - pH 22.7.
* Jeruk - 9.2 pH.
“Bagaimana untuk mengetahui bahawa anda dijangkiti virus korona?
1. Tekak gatal.
2. Kerongkong kering.
3. Batuk kering.
4. Suhu tinggi.
5. Sesak nafas.
6. Kehilangan bau …”
“Dan lemon dengan air suam menghilangkan virus pada awalnya sebelum sampai ke paru-paru ..."
Dakwaan tersebut juga dikongsikan di sini, sini, sini dan sini di Facebook.
Ia juga dikongsikan dalam bahasa Inggeris di Facebook, Twitter dan Instagram.
Walau bagaimanapun, para pakar kesihatan mengatakan dakwaan itu palsu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan semua dakwaan itu “palsu” dalam catatan ini di akaun Facebook rasminya pada 28 September 2020, terutamanya di sini, sini dan sini.
Dakwaan ‘rawatan hospital’
Bahagian pertama dakwaan tersebut kononnya merujuk kepada senarai “ubat yang diambil di hospital pengasingan”.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyangkal dakwaan tersebut.
“Makan telur, pendedahan kepada cahaya matahari, makanan yang tidak sejuk dan vitamin tidak membunuh koronavirus,” wakil Filipina WHO memberitahu AFP dalam e-mel pada 28 Jun 2020. “Cara terbaik untuk melindungi diri anda daripada koronavirus baru adalah dengan mengamalkan penjarakan sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain dan mencuci tangan anda dengan kerap dan teliti.”
Dakwaan ‘diet makanan beralkali’
Bahagian kedua mesej tersebut menyatakan bahawa cara untuk “menghilangkan virus” adalah dengan “mengambil lebih banyak makanan beralkali”.
Dakwaan ini adalah tidak benar. Pakar kesihatan berkata tidak ada bukti bahawa makan makanan beralkali dapat mencegah atau menyembuhkan Covid-19, seperti yang dilaporkan oleh AFP di sini.
'Gejala-gejala Covid-19'
Bahagian terakhir mesej tersebut menyenaraikan cara-cara untuk mengetahui jika seseorang dijangkiti Covid-19.
Dakwaan ini mengelirukan. Gejala-gejala Covid-19 banyak berbeza dan sebilangan pesakit tidak mengalami sebarang gejala, kata para pakar.
WHO mengatakan di sini bahawa “sebilangan orang dijangkiti tetapi hanya mengalami gejala yang sangat ringan atau tidak mengalaminya sama sekali”.
Senarai KKM ini, yang dikemas kini pada 5 Oktober 2020, adalah garis panduan untuk mengenal pasti kes-kes yang disyaki Covid-19.
Dakwaan minuman 'limau dengan air suam' sebagai langkah pencegahan
Nasihat terakhir mengenai langkah untuk “menghilangkan virus pada awalnya sebelum sampai ke paru-paru” dengan meminum air suam dan limau adalah tidak berasas dan telah dibongkar oleh AFP sebelum ini di sini.
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami