
Video ini menunjukkan perbarisan tentera Saudi untuk memastikan keselamatan semasa ibadah haji pada tahun 2017
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Selasa 18/08/2020 pukul 07:35
- Durasi bacaan 2 minit
- Oleh: AFP Indonesia, AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2025. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Rakaman berdurasi sembilan minit dan tujuh saat itu disiarkan di sini di Facebook pada 20 Julai 2020.
Kapsyennya menyatakan: “Militer Arab saudi Subhanallah Indahnya Persiapan Haji,,mudah2n yang melihat video ini, Allah berangkatkan ke tanah suci Parade menyambut bulan mulia bulan Haji .....
Terharu menontonnya semoga kita terpanggil ketanah yg mulia ini... amien ya ALLAH”.

Hanya hingga 10,000 jemaah yang merupakan penduduk atau warganegara Arab Saudi turut serta ibadah haji tahun ini yang bermula pada 29 Julai 2020 berbanding dengan perhimpunan sekitar 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia pada tahun lalu, seperti yang dilaporkan oleh AFP di sini.
Rakaman yang sama juga dikongsi dengan dakwaan yang serupa di Facebook di sini, sini dan sini.
Ia juga dikongsikan dalam bahasa Indonesia di Facebook di sini dan sini.
Dakwaan itu tak benar. Video itu menunjukkan perbarisan tentera yang diadakan di Mekah sebelum ibadah haji tahunan pada tahun 2017.
Carian imej terbalik di Google, diikuti dengan carian kata kunci, mendapati video tersebut telah disiarkan di sini di YouTube pada 10 September 2017.
Diterjemahkan dari bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia, tajuk video itu adalah: “Perbarisan tentera haji - Mekah, Arab Saudi 2017”.
Kapsyennya menyatakan: “Perbarisan tentera melibatkan pasukan keselamatan yang akan memastikan keselamatan semasa ibadah haji, diadakan di Mekah di hadapan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman. (23.08.2017).”
Di bawah adalah perbandingan bersebelahan adegan-adegan dari video di dalam catatan yang mengelirukan (kiri) dan video YouTube (kanan):

AFP menyiarkan laporan mengenai perbarisan itu di sini di YouTube pada 24 Ogos 2017. Kapsyennya menyatakan: “Perbarisan tentera melibatkan pasukan keselamatan yang akan memastikan keselamatan semasa ibadah haji, diadakan di Mekah di hadapan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.”
Ibadah haji pada tahun 2017 bermula pada 30 Ogos.
Perbarisan tentera pada 23 Ogos 2017 juga dilaporkan oleh BBC, Sky News Arabia dan The National, surat khabar berbahasa Inggeris yang berpusat di Abu Dhabi.
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami