Video ini menunjukkan serpihan dari roket SpaceX Falcon 9 pada bulan Mac 2021
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Khamis 03/06/2021 pukul 04:10
- Durasi bacaan 2 minit
- Oleh: AFP Hong Kong, AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2025. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Satu rakaman telah dimuat naikkan pada 9 Mei 2021 di YouTube di sini, di mana ia telah ditonton lebih daripada 220 kali.
Dalam video berdurasi tiga minit, enam saat itu, cahaya putih dapat dilihat melalui langit di kawasan perumahan. Keterangannya berbunyi: “VIRAL CAHAYA DILANGIT DUGAAN SERPIHAN ROKET CINA YANG HANCUR DAN JATUH.” Seorang lelaki dapat didengar berkata dalam bahasa Inggeris: “Ya Tuhan, apa yang sedang saya lihat?”
Video itu beredar dalam talian pada hari yang sama satu bahagian yang besar dari roket milik China masuk semula ke atmosfera bumi dan hancur berkecai di Lautan Hindi, lapor AFP. Tiada kecederaan dilaporkan.
Beberapa hari sebelum itu, kemasukan semula secara tidak terkawal objek 18 tan itu telah mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya kerosakan disebabkannya.
Video itu ditonton lebih daripada 58,000 kali setelah dikongsi dengan dakwaan serupa di Facebook di sini dan di sini, serta di Twitter di sini.
Video tersebut juga tersebar dengan dakwaan yang sama dalam bahasa Inggeris dan bahasa Hindi.
Dakwaan itu tak benar. Video itu menunjukkan sebuah roket SpaceX yang hancur berkecai ketika memasuki semula atmosfera Bumi pada bulan Mac 2021.
Versi video yang lebih panjang dimuat naikkan oleh pengguna Twitter bernama Ches Allen di sini pada 25 Mac 2021.
YO OREGON WHAT DID I JUST SEE @KATUNews pic.twitter.com/fgplrWtgha
— Ches Allen (@ChesAllenPDX) March 26, 2021
Keterangan Allen menyatakan: “YO OREGON APA YANG TELAH SAYA LIHAT.”
Dalam ciapan susulannya, dia taip: “Rupa-rupanya ia adalah SpaceX.”
Video itu dirakam di bandar Newberg, di negeri Oregon, AS. Ia padan dengan imej dari Google Street View yang boleh dilihat di sini.
Allen ditemuramah penyiar TV Kanada, CityNews pada 26 Mac 2021 mengenai video tersebut.
Jonathan McDowell, ahli astrofizik di Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics, memberitahu CityNews bahawa pancaran cahaya dalam video tersebut adalah serpihan roket.
“Pemecahan tahap roket yang dibuang yang telah berada di angkasa lepas sekitar tiga minggu, dan kembali memasuki atmosfera,” kata McDowell dalam video berita itu.
McDowell juga membuat ciapan pada petang 25 Mac 2021 mengenai roket Falcon 9 milik SpaceX yang masuk kembali ke bumi.
“Tahap kedua Falcon 9 dari pelancaran Starlink 4 Mar gagal membuat pembakaran keluar orbit dan kini masuk semula setelah 22 hari di orbit. Kemasukan semulanya diperhatikan dari kawasan Seattle pada sekitar 0400 UTC 26 Mac.”
The Falcon 9 second stage from the Mar 4 Starlink launch failed to make a deorbit burn and is now reentering after 22 days in orbit. Its reentry was observed from the Seattle area at about 0400 UTC Mar 26. pic.twitter.com/FQrBrUoBHh
— Jonathan McDowell (@planet4589) March 26, 2021
Video yang sama juga dikongsi dalam laporan mengenai roket SpaceX Falcon 9 oleh surat khabar Belgium, Het Laatste Nieuws dan surat akhbar dari Argentina, Los Andes.
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami