Video ini menunjukkan umat Islam bersolat di hadapan Hagia Sophia pada tahun 2014

  • Artikel ini berusia lebih dari setahun.
  • Diterbitkan pada hari Jumaat 14/08/2020 pukul 05:15
  • Durasi bacaan 2 minit
  • Oleh: AFP Indonesia, AFP Malaysia
Satu video telah ditonton puluhan ribu kali di pelbagai catatan di Facebook dan YouTube bersama-sama dakwaan ia menunjukkan orang ramai menunaikan solat subuh di Hagia Sophia selepas muzium itu dibuka kembali sebagai masjid pada Julai 2020. Dakwaan itu tak benar. Rakaman ini sebenarnya menunjukkan orang Islam bersolat di hadapan Hagia Sophia pada Mei 2014. 

Rakaman berdurasi tiga minit dan lapan saat itu telah ditonton 2,800 kali setelah disiarkan di sini di Facebook pada 23 Julai 2020.

Kapsyennya menyatakan: “Suasana Solat Subuh di Hagia Sophia (Turki) setelah 85 Tahun…”

Image
Tangkapan skrin catatan Facebook yang mengelirukan yang diambil pada 13 Ogos 2020

Hagia Sophia, juga dikenali sebagai Ayasofya, terletak di Istanbul.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengumumkan pada 10 Julai 2020 bahawa Hagia Sophia akan dibuka semula sebagai masjid setelah sebuah mahkamah tinggi menarik balik status monumen Byzantine abad ke-enam itu sebagai muzium, lapor AFP di sini.

Rakaman yang telah ditonton lebih daripada 23,000 kali setelah dikongsi dengan dakwaan yang serupa di Facebook di sinisini dan sini.

Ia juga dikongsikan dalam bahasa Indonesia di Facebook di sini dan sini; dan di YouTube di sini dan sini

Dakwaan itu tak benar.

Carian imej terbalik dan berikutnya, carian kata kunci di Google mendapati rakaman tersebut telah dimuat naikkan di sini di YouTube pada 31 Mei 2014.

Diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Inggeris, tajuk video itu adalah: “Buat pertama kalinya sejak 79 tahun... Ribuan rakyat Turki menunaikan solat subuh (Al Fajr) di Ayasofya di Istanbul 31/5-2014.”

Di bawah adalah perbandingan bersebelahan rakaman dalam catatan yang mengelirukan (kiri) dan video YouTube (kanan):

Image
Perbandingan antara rakaman dalam catatan yang mengelirukan (kiri) dan video YouTube (kanan)

Hurriyet Daily News, surat khabar harian berbahasa Inggeris di Turki, menerbitkan laporan ini pada hari yang sama, berjudul: “Kumpulan Muslim berdoa di hadapan Hagia Sophia.”

Dua perenggan yang pertama laporan itu menyatakan: “Sekumpulan besar orang, yang menuntut untuk monumen Istanbul, Hagia Sophia, untuk ditukar kembali kepada masjid, berkumpul di depan muzium pada awal pagi 31 Mei, sebelum menunaikan solat subuh mereka di sana.

“Persatuan Belia Anatolia (AGD) telah membuat panggilan untuk acara itu setelah beberapa kelompok radikal membincangkan status muzium itu.”

Saluran berita Turki yang lain, Anadolu Agency dan Haberler, juga melaporkan mengenai peristiwa tersebut pada 31 Mei 2014.

Solat Jumaat yang dipimpin Erdogan pada 24 Julai 2020 ialah solat yang pertama di Hagia Sophia setelah ia diubah kembali menjadi masjid, lapor AFP di sini.

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami