Video ini menunjukkan upacara masuk Islam di Arab Saudi pada May 2019 – beberapa bulan sebelum wabak novel koronavirus

Hak cipta AFP 2017-2021. Semua hak cipta terpelihara.

Sebuah video telah ditonton puluh ribuan kali di Facebook, Twitter dan YouTube bersama-sama dakwaan bahawa ia menunjukkan orang Cina masuk Islam disebabkan epidemik novel koronavirus tidak menjejaskan umat Islam. Dakwaan itu tak benar: video itu menunjukkan orang masuk Islam di Arab Saudi pada May 2019, lebih daripada setengah tahun sebelum wabak novel koronavirus bermula di Wuhan, China, pada akhir 2019.

Video ini telah ditonton lebih daripada 41,000 kali sejak ia dimuat naikkan ke Facebook pada 16 Februari 2020.

Video selama satu minit, 27 saat itu menunjukkan para lelaki berdiri dalam barisan dan menaikkan jari telunjuk, mengulangi ayat yang diucapkan oleh lelaki yang memegang mikrofon.

Di bawah adalah tangkapan skrin posting yang mengelirukan itu: 

Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan

Kapsyen posting itu menyatakan: “Subahanallah..Hidayah milik Allah bergondong2 Org Cina masuk islam.,dSbabkan org islam djauhi Coronavirus..”

Novel koronavirus, atau COVID-19, telah mengorbankan lebih daripada 3,300 orang dan menjangkiti lebih daripada 97,000 orang di seluruh dunia, seperti yang dilaporkan AFP pada 6 Mac 2020 di sini.

Video yang sama dikongsikan dengan dakwaan yang serupa di Facebook di sini, sini dan sini.

Video tersebut juga telah ditonton hampir 15,000 kali selepas ia dikongsikan dengan dakwaan yang hampir serupa dalam bahasa Indonesia di Facebook di sini, sini dan sini; di Twitter di sini; dan di YouTube di sini.

Selain itu, rakaman itu juga dikongsikan dengan dakwaan yang hampir sama dalam bahasa Inggeris di sini dan sini; dan bahasa Thai di sini, di mana video itu telah ditonton lebih daripada 72,000 kali. 

Dakwaan itu tak benar: video itu menunjukkan upacara kemasukan ke Islam yang berlangsung di Arab Saudi pada May 2019, sekurang-kurangnya setengah tahun sebelum kemunculan novel koronavirus di Wuhan pada akhir 2019.

Carian imej terbalik dan seterusnya carian kata kunci di Google menjumpai rakaman yang sama yang sebelum itu telah dimuat naikkan ke sini pada 27 May 2019 oleh seorang pengguna Facebook bernama Ahmad Erandio.

Kapsyen di posting tersebut, diterjemahkan dari bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia, menyatakan: “ALHAMDULILLAH SELAMAT DATANG KEPADA SAUDARA-SAUDARA KITA DALAM ISLAM”.

Orang-orang di dalam video, dari saat 0:05 ke 0:51, boleh kedengaran melafazkan syahadah, sebuah pengisytiharan kepercayaan dalam Islam yang diperlukan semasa seseorang masuk agama Islam. Pengisytiharan tersebut adalah dalam bahasa Arab dan ia biasanya diikuti oleh penterjemahan. Penterjemahan dalam bahasa Malaysia ayat pengisytiharan adalah: “Tiada Tuhan melainkan Allah; Muhammad itu Pesuruh Allah.”

Bermula dari saat 0:53, orang-orang di dalam video itu melafazkan syahadah dalam bahasa Tagalog.

Di bawah adalah tangkapan skrin perbandingan antara video di dalam posting yang mengelirukan (kiri) dan video Facebook asal (kanan): 

Tangkapan skrin perbandingan antara video di dalam posting yang mengelirukan (kiri) dan video Facebook asal (kanan)

Satu sepanduk dalam teks bahasa Arab boleh kelihatan di belakang orang ramai. Sepanduk yang sama boleh kelihatan di dalam foto ini, yang dimuat naikkan dengan gambar-gambar lain, pada laman Facebook yang sama pada 11 Jun 2019.

Di bawah adalah tangkapan skrin foto tersebut:

Tangkapan skrin foto yang menunjukkan sepanduk yang sama

Teks di dalam bahasa Arab di sepanduk itu diterjemahkan kepada bahasa Malaysia sebagai: “Projek iftar di bandar industri Jeddah (KSA)”.

Iftar merujuk kepada makan petang apabila tiba waktu maghrib untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan, sedangkan KSA adalah singkatan dari Kerajaan Arab Saudi. 

Menurut Arab News yang berpusat di Arab Saudi, Ramadan pada 2019 bermula pada 6 Mei, manakala Hari Raya Aidilfitri bermula pada 4 Jun – berpadanan dengan tarikh video tersebut dimuat naikkan.