Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah berkata bahawa belum wujud lagi vaksin untuk novel koronavirus

  • Artikel ini berusia lebih dari setahun.
  • Diterbitkan pada hari Khamis 20/02/2020 pukul 04:30
  • Durasi bacaan 5 minit
  • Oleh: AFP Malaysia
Sebuah posting Facebook yang mendakwa Israel telah menghantar vaksin untuk “mengubati” pesakit novel koronavirus di Wuhan, China, telah dikongsi melebihi seribu kali. Dakwaan ini tak benar: vaksin untuk novel koronavirus belum lagi dibangunkan – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah berkata bahawa “tidak ada ubat khusus” untuk “mengelakkan atau merawat”  infeksi viral tersebut, tetapi masih “membantu menyelaraskan usaha untuk membangunkan ubat-ubat dengan jaringan rakan kongsi”. Gambar-gambar di dalam posting yang mengelirukan juga tidak menyokong dakwaan itu.

Posting Facebook telah diterbitkan di sini pada 4 Februari 2020. Ia telah dikongsi melebihi 1,000 kali. 

Di bawah adalah tangkapan skrin posting Facebook yang mengelirukan itu:

Image
Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan

Kapsyennya menyatakan: “Israel menyalur bantuan ke China di Wuhan untuk mengubati para pesakit. Vaksin terbaru untuk coronavirus yang mereka bawa telah menyembuhkan 479 pesakit setakat ini.” 

Teks tersebut diterbitkan bersama-sama empat gambar: seorang lelaki yang berdiri di sebelah mikroskop, seorang lelaki yang memakai pakaian bilik bedah, dua orang di dalam gaun putih, dan keadaan di dalam kemudahan perubatan.

Gambar-gambar yang sama juga dikongsi di sini dan sini di Facebook dengan dakwaan yang sama.

Dakwaan itu tak benar. Sementara sebuah pertubuhan bukan kerajaan Israel ada mengirim bekalan perubatan ke China pada Februari untuk menangani novel koronavirus, atau COVID 19, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah berkata “tidak ada ubat khusus” untuk “mengelakkan atau merawat” infeksi viral – tetapi sedang bekerjasama dengan banyak kumpulan di seluruh dunia untuk membangunkan rawatan. 

Menurut artikel ini oleh The Jerusalem Post, surat khabar Israel, pertubuhan bukan kerajaan Israel IsraAID telah menghantar “kiriman bekalan perubatan” ke China pada awal Februari, semasa negara itu masih menempur epidemik yang sedang menular.

Sebahagian artikel yang diterbitkan pada 4 Februari 2020 itu menyatakan: “Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan Israel IsraAID, dalam kerjasama dengan Israel-China Chamber of Commerce dan David Ashkenazi dari ICCB Capital, telah menghantar kiriman bekalan perubatan di penerbangan terakhir Tel Aviv ke China, yang telah berlepas pada Isnin.”

Walau bagaimanapun, sehingga 14 Februari, garis panduan WHO kekal bahawa “tidak ada ubat khusus” untuk mengelakkan atau merawat novel koronavirus.

Sebahagiannya menyatakan: “Sehingga kini, tidak ada ubat khusus yang disyorkan unuk mengelakkan atau merawat novel koronavirus. Walau bagaimanapun, sesiapa yang dijangkiti 2019-nCoV patut menerima rawatan yang sewajarnya untuk melegakan dan merawat simptom, dan sesiapa yang dijangkiti penyakit yang teruk patut menerima rawatan  sokongan yang dioptimunkan.

“Sesetengah rawatan khusus sedang disiasat dan akan diuji melalui ujian klinikal. WHO sedang membantu usaha menyelaraskan pembangunan ubat-ubat untuk merawat nCoV dengan jaringan rakan kongsi.”

Israel juga telah menyertai usaha global ini untuk pembangunan vaksin untuk novel koronavirus. Menurut artikel oleh The Jerusalem Post ini, yang berjudul “Netanyahu meluluskan pelan untuk pangkalan penyelidikan vaksin koronavirus”, perdana menteri Israel telah mengizinkan pembangunan kemudahan penyelidikan baru untuk tujuan ini.

Sebahagian repot terbitan 3 Februari 2020 membaca: “Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengarahkan pihak berkuasa kesihatan untuk bekerja ke arah membangunkan vaksin melawan novel koronavirus dan meluluskan pelan untuk menubuhkan kilang vaksin di negara itu pada Ahad, di sebalik penularan penyakit itu di seluruh dunia.”

Di bawah adalah tangkapan skrin repot berita itu:

Image
Tangkapan skrin repot The Jerusalem Post

AFP juga mendapati bahawa gambar-gambar yang dikongsikan bersama-sama dakwaan yang mengelirukan adalah gambar-gambar stok yang tidak berkaitan.

Gambar pertama dalam posting Facebook yang mengelirukan menunjukkan seorang lelaki yang berpakaian segak berdiri di sebelah mikroskop.

Carian imej terbalik mendapati gambar tersebut sebenarnya menunjukkan Dr Ali Mohamed Zaki dari Mesir, yang telah mengenalpasti strain baru koronavirus yang menyebabkan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS).

Gambar tersebut diambil oleh jurugambar Amerika bernama David Degner pada Mac 2013, dan boleh dilihat di sini di laman sesawang jurugambar itu.

Di bawah adalah tangkapan skrin perbandingan gambar di dalam posting yang mengelirukan (kiri) dan gambar di laman sesawang jurugambar Degner: 

Image
Tangkapan skrin perbandingan gambar di dalam posting yang mengelirukan (kiri) dan gambar di laman sesawang Degner (kanan)

Gambar kedua  menunjukkan seorang lelaki berpakaian bilik bedah yang berdiri di hadapan bendera Israel merupakan foto stok yang boleh dijumpai di laman sesawang Shutterstock di sini.

Di bawah adalah tangkapan skrin perbandingan gambar di dalam posting yang mengelirukan (kiri) dan gambar di laman sesawang Shutterstock (kanan): 

Image
Tangkapan skrin perbandingan gambar di dalam posting yang mengelirukan (kiri) dan gambar di laman sesawang Shutterstock (kanan)

Gambar ketiga menunjukkan dua orang kakitangan perubatan di dalam gaun putih sedang merawat seorang bayi.

Carian imej terbalik mendapati gambar tersebut diterbitkan di sini di dalam laman sesawang Pasukan Pertahanan Israel (IDF). 

Ia dikapsyenkan: “Doktor-doktor IDF merawat pesakit di hospital medan Filipina.” 

Di bawah adalah tangkapan skrin perbandingan gambar di dalam posting yang mengelirukan (kiri) dan gambar di dalam laman sesawang IDF (kanan): 

Image
Tangkapan skrin perbandingan gambar di dalam posting yang mengelirukan (kiri) dan gambar di dalam laman sesawang IDF (kanan)

Gambar yang terakhir menunjukkan seorang di dalam pakaian hazmat di dalam sebuah kemudahan perubatan yang boleh dikesan semula ke artikel 25 Januari 2020 ini di laman sesawang media kerajaan China, Global Times.

Artikel tersebut, berjudul “Kepimpinan CPC berjumpa untuk membincang pencegahan, pengawalan novel koronavirus,” mengkreditkan gambar tersebut kepada agensi berita kerajaan China, Xinhua.

Di bawah adalah tangkapan skrin perbandingan gambar di dalam posting yang mengelirukan (kiri) dan gambar Xinhua di dalam artikel Global Times (kanan): 

Image
Tangkapan skrin perbandingan gambar di dalam posting yang mengelirukan (kiri) dan gambar Xinhua di dalam artikel Global Times (kanan)

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami