Gambar ini telah beredar di laman pengumpulan dana untuk lelaki dengan sakit paru-paru yang tidak berkaitan dengan novel koronavirus

Hak cipta AFP 2017-2022. Semua hak cipta terpelihara.

Gambar seorang lelaki yang sakit di hospital telah dikongsikan ratusan kali di beberapa posting Facebook bersama-sama video seorang lelaki memakan kelawar di sebuah restoran. Posting-posting tersebut mendakwa lelaki di dalam gambar tersebut telah dimasukkan ke dalam hospital selepas memakan kelawar berikutan tularnya novel koronavirus di bandar Wuhan, China. Gambar dan video tersebut telah dikongsikan dalam konteks yang mengelirukan: gambar tersebut telah beredar di dalam sebuah laman pengumpulan dana dalam talian untuk seorang warga Indonesia yang telah dimasukkan ke dalam hospital untuk sakit paru-paru yang tidak berkaitan dengan epidemik koronavirus; video tersebut pula telah beredar di repot berasingan mengenai pelancong mencuba kelawar buah di restoran di pulau Palau, Micronesia.

Video dan gambar telah diterbitkan bersama-sama dakwaan di sini di Facebook pada 1 Februari 2020. Posting tersebut telah dikongsikan 90 kali.

Gambar itu menunjukkan seorang lelaki yang dimasukkan ke dalam hospital dengan muka yang bertompok gelap. 

Kapsyen posting menyatakan: “Masa ni siap buat video nak promosi lagi konon² daging kelawar ni sedap hingga menjilat ‘bontot’ dia..!!!
Beberapa hari kemudian pun ‘sedap’ jugak bila dok hospital..!!! Cepat sikit masuk  Padan muka”.

Di bawah adalah tangkapan skrin posting Facebook yang mengelirukan:

Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan

Novel koronavirus telah mencabut nyawa lebih daripada 3,000 orang dan menjangkiti lebih daripada 88,000 yang lain, kebanyakannya di tanah besar China, seperti yang dilaporkan di sini oleh AFP pada 2 Mac 2020.

Photo dan video yang sama telah dikongsikan hampir 700 kali di posting Facebook yang lain: dalam bahasa Inggeris di sini dan sini, dalam bahasa Cina di sini, dengan dakwaaan yang serupa.

Gambar dan video telah dikongsikan dalam konteks yang mengelirukan.

--Keadaan kesihatan yang tidak berkaitan--

Sebelum itu, gambar tersebut telah beredar di dalam sebuah laman pengumpulan dana dalam talian untuk seorang lelaki Indonesia dengan sakit paru-paru yang tidak berkaitan dengan epidemik novel koronavirus.

Carian imej terbalik Google mendapati gambar tersebut telah diterbitkan di laman pengumpulan dana ini di Kitabisa, sebuah platform derma dari Indonesia.

Menurut halaman itu, lelaki di dalam hospital itu adalah Aden Sugiantoro, seorang warga Indonesia berumur 28 tahun yang menjalani rawatan di hospital di Beijing, China, untuk keadaan paru-paru akut. 

Juliani Ferdyani yang telah menyediakan pengumpulan dana di Kitabisa memberitahu AFP pada 26 Februari 2020 bahawa Aden telah mengalami “penyakit paru-paru peringkat terakhir” dan telah dimasukkan ke dalam hospital pada 28 Disember 2019. Dia telah meninggal dunia pada Januari 2020, katanya lagi.

“Ia adalah selepas kematiannya mulanya muncul maklumat mengenai koronavirus,” kata Juliani. 

Di bawah adalah tangkapan skrin perbandingan gambar daripada posting yang mengelirukan (kiri) dan gambar di Kitabisa (kanan): 

Tangkapan skrin perbandingan gambar daripada posting yang mengelirukan (kiri) dan gambar di Kitabisa (kanan)

--Video di restoran Palau--

AFP menjalankan carian kata kunci di Baidu, enjin carian dalam talian Cina, dan menjumpai video lelaki memakan kelawar tersebut telah disiarkan di sini di Weibo pada 26 Januari 2020.

Pelbagai posting blog telah mengongsikan gambar-gambar pengalaman mereka di sebuah restoran di Palau di sini, sini dan sini, di mana hiasan dinding dan pinggan yang sama kelihatan.

Di bawah adalah tangkapan skrin perbandingan daripada video yang mengelirukan (L) dan daripada posting blog (R): 

Tangkapan skrin perbandingan daripada video yang mengelirukan (kiri) dan video daripada posting blog (kanan)

Pasukan semakan fakta The Observers dari France 24, rangkaian televisyen Perancis, secara berasingan telah menjumpai video menunjukkan seorang lelaki memakan kelawar buah di sebuah restoran di Palau di dalam repot ini yang diterbitkan pada 2 Februari 2020.