
Catatan-catatan tidak sahih dakwa Gaddafi 'telah ramal pandemik Covid-19'
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari 03/09/2021 jam 09:42
- Dikemas kini pada hari 03/09/2021 jam 09:43
- Durasi bacaan 3 minit
- Oleh: AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2025. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Dakwaan itu dikongsi bersama dengan video yang dimuat naikkan di sini di Facebook pada 17 April 2020. Ia telah ditonton lebih daripada 420 kali.
Kapsyennya berbunyi: "Ramalan Muammar Gaddafi tentang virus 11tahun lepas.".

Video asal itu boleh dijumpai di YouTube di sini, di mana ia telah dimuat naikkan oleh Aljamahiriytv, media Libya yang berpusat di Mesir, pada 7 Mac 2020 dengan tajuk: "Gaddafi mendedahkan siapa yang berada di sebalik virus Korona!"
Sari kata bahasa Inggeris dalam video berdurasi 43 saat itu bermula dengan: "Mereka mencipta virus yang disebarkan supaya dapat beredar ke seluruh dunia agar syarikat kapitalis mendapat keuntungan."
Muammar Gaddafi ialah seorang diktator Libya yang memerintah dari tahun 1969 hingga 2011.
Pada tahun 2011, di tengah gerakan Arab Spring yang lebih luas, beliau dia enggan menyerahkan kuasa semasa tunjuk perasaan awam. Ini menyebabkan tercetusnya perang saudara.
Gaddafi ditembak mati pada bulan Oktober 2011.
Dakwaan serupa dikongsikan oleh akaun rakyat Malaysia lain seperti di sini di Facebook, di mana video itu telah ditonton lebih daripada 200 kali, serta di Twitter di sini.
Dakwaan serupa tentang Gaddafi juga beredar dalam pelbagai bahasa lain, seperti bahasa Inggeris, bahasa Sepanyol, bahasa Serbia, bahasa Poland dan bahasa Romania.
Dakwaan itu mengelirukan.
Ucapan PBB
Ucapan Gaddafi di Perhimpunan Agung PBB ke-64 pada 23 September 2009 adalah pertama kalinya beliau memberi ucapan kepada anggota PBB dalam empat dekad.
Ucapan itu — yang berlangsung sekitar 90 minit — menyeru reformasi Majlis Keselamatan, salah satu daripada enam organ utama PBB.
Transkrip ucapan rasmi diterbitkan di sini dalam dokumen rasmi PBB. Transkrip bermula di halaman 15.
Catatan yang mengelirukan mengambil kenyataan Gaddafi di luar konteks.
Komen asalnya mengenai virus dapat dilihat pada halaman 26 transkrip, seperti yang ditunjukkan di bawah:

Dalam bahagian ucapan ini, Gaddafi berpendapat ubat-ubatan dan vaksin harus disediakan secara bebas di seluruh dunia. Beliau terus mengkritik apa yang dilihatnya sebagai "syarikat kapitalis" yang mengaut keuntungan dari vaksin.
Gaddafi juga merujuk kepada "The Green Book", falsafah politik yang ditulisnya sendiri di mana beliau menolak kapitalisme dan nampaknya mendukung ideologi Marxis.
Dalam ucapannya di PBB, beliau berkata: “Hari ini muncul selesema babi. Mungkin esok akan ada selesema ikan, kerana kadang-kadang kita menghasilkan virus dengan mengawalnya.
"Ini adalah perniagaan komersial. Syarikat-syarikat kapitalis menghasilkan virus supaya mereka dapat menjana dan menjual vaksinasi. Itu sangat memalukan dan etika yang buruk. Vaksinasi dan ubat tidak harus dijual.
"Dalam The Green Book, saya menegaskan bahawa ubat-ubatan tidak harus dijual atau tertakluk kepada pemerdagangan. Ubat harus percuma dan vaksinasi diberikan secara percuma kepada kanak-kanak, tetapi syarikat-syarikat kapitalis menghasilkan virus dan vaksinasi dan ingin mengaut keuntungan. Mengapa mereka tidak percuma? Kita harus memberi mereka secara percuma, dan tidak menjualnya.
"Seluruh dunia harus berusaha melindungi rakyat kita, mencipta dan mengeluarkan vaksinasi dan memberi mereka secara percuma kepada kanak-kanak dan wanita, dan tidak meraih keuntungan daripadanya."
Virus selesema babi atau influenza (H1N1), yang pertama kali dikesan pada bulan April 2009, diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari bulan Jun 2009 hingga Ogos 2010.
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami