Klip lama latihan tentera Taiwan dikongsi sebagai 'latihan tentera China kerana lawatan Pelosi'

Dikemas kini pada 09/09/2022 pukul 14:31

Sebuah video telah ditonton ratusan kali dalam pelbagai catatan berbahasa Malaysia yang mendakwa ia menunjukkan latihan ketenteraan di perairan timur China. Video itu mulai beredar beberapa hari sebelum lawatan bersejarah Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke Taiwan pada awal bulan Ogos 2022. Walaupun China mengumumkan rancangan untuk mengadakan latihan ketenteraan di perairan sekitar Taiwan sebagai tindak balas kepada lawatan Pelosi, rakaman itu telah dikongsi dalam konteks palsu. Ia sebenarnya menunjukkan latihan ketenteraan Taiwan pada bulan November 2020, bertahun-tahun sebelum lawatan Pelosi.