Ini video ombak besar di Afrika Selatan pada 2017, bukan 'tsunami di Turki akibat gempa 2023'
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Rabu 22/02/2023 pukul 07:17
- Dikemas kini pada hari Rabu 22/02/2023 pukul 07:44
- Durasi bacaan 3 minit
- Oleh: Adria LABORDA, AFP Sepanyol, AFP Hong Kong, AFP Malaysia
- Terjemahan dan adaptasi Clara IP
Hak Cipta © AFP 2017-2024. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Video berdurasi 57 saat itu dikongsi pada 7 Februari 2023 di TikTok di sini, di mana ia telah ditonton lebih daripada 6,900 kali.
"Ombak membanjiri pantai Turki akibat gempa," bunyi teks stiker pada video itu.
Catatan itu muncul sehari setelah gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda Turki dan Syria pada 6 Februari 2023. Setakat 21 Februari 2023, bencana tersebut telah meragut hampir 45,000 nyawa.
Video itu juga telah ditonton lebih daripada 17,500 kali setelah muncul dalam catatan Facebook, YouTube dan Twitter, yang mendakwa rakaman itu menunjukkan tsunami yang terjadi akibat gempa di Turki.
Akhbar Nanyang Siang Pau memuatnaik video tersebut dalam laporannya mengenai gempa Turki-Syria.
Rakaman video yang sama ini turut dikongsi dalam bahasa lain, termasuk bahasa Indonesia, bahasa Cina, bahasa Arab, bahasa Portugis dan bahasa Ukraine.
Komen di catatan TikTok menunjukkan ramai pengguna seolah percaya video itu melibatkan bencana di Turki.
Satu orang menulis: "astaghfirullah y Allah lindungilah mereka.ringankan lah beban y/sudahi la y Allah," diikuti sederetan emoji menangis. Sementara beberapa pengguna TikTok lainnya meninggalkan komen: "Allahuakbar".
Peristiwa di Afrika Selatan
AFP tidak menemui laporan berita yang sahih bahawa gempa bumi di rantau itu telah mencetuskan tsunami.
Carian imej terbalik di Google menemui video itu dalam laporan Expresso Show, program televisyen Afrika Selatan, pada 14 Mac 2017.
"Pada Ahad 12 Mac 2017, Pantai Utara Durban telah ditutup kerana ombak besar yang membadai pantai," bunyi keterangan video YouTube itu.
Di bawah ialah perbandingan tangkapan skrin video dalam catatan palsu (kiri) dan video dalam laporan Expresso Show (kanan):
Pantai Utara di bandar Durban, Afrika Selatan, ditutup kepada perenang susulan angin kencang dan ombak besar, lapor eNCA, organisasi berita di negara itu.
Dalam pada itu, lokasi yang tertera dalam video adalah sama dengan imej Pantai Utara Durban di Google Street View.
AFP juga menemukan imej 3D pantai tersebut di Google Maps.
Di bawah ialah perbandingan tangkapan skrin video dalam catatan palsu (kiri) dan imej 3D Pantai Utara Durban di Google Maps (kanan), dengan beberapa persamaan ditandakan oleh AFP:
AFP telah menafikan rentetan dakwaan palsu mengenai gempa bumi Turki-Syria, termasuk catatan salah yang menggunakan rakaman bangunan apartmen runtuh di Florida, serta pelbagai gambar yang telah beredar sebelum bencana itu.
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami