Klip lama latihan tentera Taiwan dikongsi sebagai 'latihan tentera China kerana lawatan Pelosi'
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Jumaat 09/09/2022 pukul 10:43
- Dikemas kini pada hari Jumaat 09/09/2022 pukul 14:31
- Durasi bacaan 4 minit
- Oleh: Clara IP, AFP Hong Kong, AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2024. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Video berdurasi 27 saat itu di kongsi di Facebook di sini pada 31 Julai 2022.
Kapsyen catatan berkenaan berbunyi: "China Menjalankan Latihan Tentera Langsung Berdekatan Taiwan
"Tentera Pembebasan Rakyat sedang menjalankan latihan di perairan wilayah timur Fujian di negara itu - tidak jauh dari selat dari pulau itu.
"Latihan itu diadakan di tengah-tengah ketegangan yang memuncak antara Taiwan, China dan Amerika Syarikat."
Rakaman yang menunjukkan peluru dilepaskan ke langit pada waktu malam di kawasan perairan telah ditonton lebih daripada 260 kali.
Rakaman itu dimuat naikkan beberapa hari sebelum Nancy Pelosi, speaker Dewan Perwakilan AS, yang berada di kedudukan kedua dalam turutan perwarisan jawatan presiden, mendarat di Taipei, ibu negara Taiwan, pada 2 Ogos 2022.
Penggubal undang-undang berusia 82 tahun itu adalah pegawai tertinggi AS yang dilantik untuk melawat pulau yang diperintah sendiri itu dalam tempoh 25 tahun dan Beijing telah menjelaskan bahawa ia menganggap kehadirannya sebagai provokasi besar, meningkatkan ketegangan di rantau ini, lapor AFP.
China mengumumkan akan mengadakan latihan ketenteraan secara langsung di luar Pulau Pingtan di wilayah Fujian pada 30 Julai 2022 -- sehari sebelum catatan mengelirukan itu diterbitkan.
Pada 4 Ogos 2022, sehari setelah Pelosi meninggalkan Taiwan, China memulai siri latihan ketenteraan di perairan sekitar Taiwan.
Video itu telah ditonton lebih daripada 130 kali setelah turut dikongsi dengan dakwaan serupa di Facebook di sini, di sini dan di sini.
Ia turut dikongsi dalam bahasa Inggeris di Twitter dan bahasa Mandarin di Facebook dan Gettr.
Saluran berita India Firstpost juga menyiarkan klip itu di laman webnya pada 31 Julai 2022, mengulangi tuntutan itu dalam laporan.
Namun, video itu dikongsi dengan konteks palsu.
Latihan tentera Taiwan
Gabungan carian imej terbalik dan kata kunci di Baidu mendapati rakaman itu terdiri daripada dua klip berasingan yang berdurasi 54 saat secara keseluruhan, yang diterbitkan dalam akaun Weibo milik Haike News, media kendalian kerajaan China, pada 13 November 2020.
"Penduduk tempatan Matsu baru-baru ini menangkap imej latihan tentera Taiwan menggunakan peluru hidup," menurut sebahagian kapsyen dan sari kata video tersebut. "Ramai penduduk tempatan di kawasan itu tertarik ke tempat kejadian ini dan berhenti untuk memerhati dan mengambil gambar."
Kepulauan Matsu, yang terletak kira-kira 200 kilometer barat laut Taiwan dan kurang daripada 10 kilometer dari tanah besar China, adalah antara beberapa pulau yang berdekatan dengan pantai China namun masih di bawah kawalan Taiwan.
Di bawah ialah perbandingan tangkapan skrin bagi video dalam siaran yang mengelirukan (kiri) dan laporan Haike News (kanan):
Matsu News, media tempatan Taiwan, juga melaporkan bahawa latihan telah diadakan pada petang 6 November 2020 untuk menandakan permulaan maraton tempatan.
"Komander Zhang Yuan-xun berkata latihan itu diadakan bertepatan dengan permulaan maraton," kata laporan itu. "Latihan akan menunjukkan rakan senegara keupayaan untuk mempertahankan barisan hadapan yang berada di Matsu."
Plak peringatan yang kelihatan dalam video laporan Matsu News menunjukkan latihan itu diadakan berhampiran Taman Memorial Zhenge Daidan.
Di bawah ialah perbandingan plak seperti yang dilihat dalam video Matsu News (kiri) dan dalam tangkapan skrin lokasi yang sama di Google Maps (kanan):
Laman semakan fakta Taiwan MyGoPen menggunakan rakaman yang sama dan telah tanda geolokasi Pulau Matsu dalam laporan mereka.
MyGoPen menemui video YouTube ini, yang menunjukkan lokasi sama di mana salah satu video diambil, kira-kira 1.5 kilometer dari taman peringatan di Pulau Matsu.
Di bawah ialah perbandingan tangkapan skrin bagi rakaman dalam siaran yang mengelirukan (kiri) dan video YouTube (kanan), dengan ciri-ciri sepadan ditandai oleh AFP:
Rakaman itu menunjukkan tanda yang sama pada penghadang tepi jalan (tanda bulat kuning) dan bukit yang sama terletak di belakang lampu jalan (dibulatkan dengan warna biru dan merah).
Membalas pertanyaan daripada AFP tentang siaran yang mengelirukan, Agensi Berita Tentera Taiwan -- berkaitan dengan tentera Taiwan -- berkongsi laporan daripada MyGoPen yang menyimpulkan video itu menunjukkan latihan ketenteraan Taiwan pada 2020.
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami