Ini bukan gambar 'simpanan emas di bawah tanah kepunyaan Ratu Elizabeth II'
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Rabu 19/10/2022 pukul 09:15
- Durasi bacaan 4 minit
- Oleh: AFP Indonesia, AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2024. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Tiga gambar dikongsi di Facebook di sini pada 12 September 2022.
Dua gambar menunjukkan Ratu Elizabeth memerhati jongkong emas, manakala satu gambar menunjukkan gambar umum peti besi itu.
Antara catatan itu berbunyi: "Siapa tahu kota London yang amat sibuk ini terdapatnya simpanan emas di bawah tanah yang dipercayai kepunyaan Ratu Elizabeth?
"Bank of England menyimpan logam kuning bernilai £200 billion bersamaan RM1.066 trillion ...
"Semua gambar ini diambil pada tahun 2012 waktu Ratu Elizabeth mengunjungi gudang."
Ketiga-tiga gambar itu telah beredar dengan dakwaan serupa sekurang-kurangnya sejak tahun 2017 di sini dan di sini.
Tiga gambar itu juga muncul dengan dakwaan dalam bahasa Indonesia di TikTok, di Facebook dan di Instagram.
Beberapa pengguna media sosial nampaknya percaya dakwaan itu benar.
Seorang pengguna Facebook tulis: "Emas yg dibawa pulang dr tanah jajahan semasa era kolonial."
"Harta qorun ni yus...," kongsi satu lagi pengguna Facebook.
Menurut Sunday Times Rich List 2022 -- senarai orang terkaya di dunia terbitan koran UK, The Times -- nilai bersih kekayaan mendiang Ratu Elizabeth dianggarkan sekitar £370 juta (RM1.97 billion) apabila dia meninggal dunia, lapor AFP.
Sebahagian besar daripada kekayaan peribadi mendiang ratu akan diserahkan kepada Raja Charles III secara utuh, tanpa sesen pun diberikan kepada kerajaan British.
Kekayaan diraja sebenar -- tanah milik Crown Estate dan koleksi seni dan barang kemas milik Royal Collection, serta kediaman rasmi dan Royal Archives -- seluruhnya dipegang oleh monarki sebagai sebuah institusi, dan oleh itu, akan diserahkan kepada Charles secara amanah.
Mendiang ratu memperoleh pendapatan peribadi daripada pelaburan portfolionya dan memiliki ladang persendirian termasuk Istana Balmoral di Scotland dan Estet Sandringham di England.
Dia juga menerima pendapatan daripada Duchy of Lancaster, yaitu portfolio tanah, bangunan dan aset yang dimiliki oleh monarki sejak Zaman Pertengahan.
Walau bagaimanapun, tuntutan itu adalah palsu.
Gambar-gambar itu sebenarnya diambil ketika baginda melawat peti besi emas di Bank of England -- yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan UK -- pada 2012.
Lawatan ke Bank of England
Carian imej terbalik di Google yang menunjukkan ratu memerhati jongkong emas diterbitkan oleh AFP pada 13 Disember 2012.
"Ratu Elizabeth II memeriksa rizab emas dalam peti besi di Bank of England di London pada 13 Disember 2012," kata kapsyen foto itu.
Di bawah ialah perbandingan tangkapan skrin antara foto pertama (kiri) dan foto tulen di lama web AFP (kanan):
Imej kedua yang dilihat dalam catatan itu diterbitkan oleh Bank of England dalam artikel mengenai emas yang disimpan di peti besi bank pusat UK.
Di bawah ialah perbandingan tangkapan skrin antara foto kedua (kiri) dan imej tulen di laman web Bank of England (kanan):
Gambar ketiga boleh didapati di sini di laman web agensi foto Getty Images.
"Ratu Elizabeth II melihat timbunan emas ketika dia melawat Bank of England bersama Putera Philip, Duke of Edinburgh, pada 13 Disember 2012 di London, England," tulis sebahagian kapsyen foto itu.
Di bawah ialah perbandingan tangkapan skrin antara foto ketiga (kiri) dan foto tulen di laman web Getty Images (kanan):
"Kami boleh mengesahkan gambar itu adalah lawatan ke Bank of England," kata bank pusat UK itu kepada AFP.
Pada 13 Disember 2012, BBC turut menyiarkan laporan lawatan mendiang ratu, yang menunjukkan beliau dan beberapa kakitangan memakai pakaian yang sama seperti dalam gambar yang disebarkan catatan mengelirukan itu.
Beberapa catatan Facebook lainnya memuat naikkan gambar-gambar lain peti besi Bank of England dari 2012 dan satu foto Reuters tentang pameran seni di Switzerland pada 2014.
Di laman webnya, Bank of England menulis: "Peti besi emas kami menyimpan sekitar 400,000 jongkong emas, bernilai lebih £200 bilion."
Walau bagaimanapun, bank pusat UK juga menjelaskan adalah "tidak benar" bahawa "Bank England dimiliki oleh ... Keluarga Diraja".
"Kami dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan UK," kata bank itu di laman web.
AFP telah menafikan dakwaan palsu lain yang berkaitan dengan Ratu Elizabeth II di sini, di sini, di sini dan di sini.
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami