Siaran palsu dakwa sijil halal rangkaian makanan segera ditarik balik

  • Diterbitkan pada hari Khamis 06/06/2024 pukul 06:20
  • Durasi bacaan 3 minit
  • Oleh: AFP Malaysia
Kerajaan AS dan Majlis Kehakiman Muslim yang berpangkalan di Afrika Selatan tidak "membatalkan pensijilan halal" pelbagai rangkaian makanan segera Amerika, seperti yang didakwa dalam catatan palsu oleh pengguna media sosial. Semua rangkaian itu -- McDonald's, KFC, Domino's, Pizza Hut dan Starbucks -- memegang pensijilan halal di Malaysia yang sah sehingga 2026.

"Dengan PEMBATALAN CERTIFICATE HALAL oleh Kerajaan Amerika sendiri, maka _McDonald, KFC, DOMINOS, PIZZA HUT, STARBUCK sudah menjadi tidak halal lagi sekarang," keluhan sebahagian daripada siaran panjang lebar di Facebook yang dikongsi pada 6 Mei 2024.  

Menurut siaran itu, rangkaian makanan segera itu telah dibatalkan sijil mereka oleh Majlis Kehakiman Muslim (MJC) dan Persatuan Pengajian Al-Quran Antarabangsa (IQSA). 

MJC ialah sebuah organisasi bukan bermotifkan keuntungan yang berpangkalan di Afrika Selatan dan IQSA ialah rangkaian ulama-ulama yang berpangkalan di Atlanta, di negeri Georgia, AS (pautan arkib ini dan ini).

Catatan itu termasuk imej yang menunjukkan logo halal Perkhidmatan Islam Amerika (ISA), sebuah badan pensijilan dan pengauditan di AS dan Amerika Utara (pautan arkib).

Image
Tangkapan skrin siaran palsu Facebook, diambil pada 31 Mei 2024

Dakwaan serupa juga telah dikongsi di Facebook di sini, di sini dan di sini.

Ia muncul susulan kekejaman di Gaza, yang dicetuskan oleh serangan Hamas yang tidak dijangka di bahagian selatan Israel pada 7 Oktober 2023 yang mengorbankan 1,194 nyawa, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka rasmi Israel.

Pengeboman balas Israel dan serangan darat di Semenanjung Gaza telah membunuh lebih 36,586 orang, juga kebanyakannya orang awam, menurut angka dari kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas.

Jenama termasuk McDonald's, KFC dan Starbucks telah berdepan dengan gerakan boikot di Malaysia susulan persepsi yang mereka dilihat menyokong Israel, lapor Nikkei Asia (pautan arkib).

Tetapi sijil halal rangkaian makanan itu tidak ditarik balik.

Pensijilan halal

Seorang wakil Perkhidmatan Islam Amerika memberitahu AFP kerajaan AS tidak mempunyai bidang kuasa terhadap isu-isu membabitkan halal, dan oleh itu "tidak menarik balik pensijilan halal".

Katanya, tiada keperluan di AS untuk restoran-restoran mendapatkan sijil halal atau menyediakan produk halal, dan tiada satu pun rangkaian yang disebut dalam catatan itu disahkan halal di negara itu.

Tambahnya, logo ISA telah ditambah pada catatan-catatan palsu itu tanpa kebenaran badan pensijilan itu. 

Majlis Kehakiman Muslim Amanah Halaal -- sebuah jabatan dibawah MJC Afrika Selatan -- juga memberitahu AFP bahawa jabatan itu tidak menarik balik pensijilan halal rangkaian-rangkaian terbabit dan ia "tidak bertanggungjawab untuk pensijilan di AS" (pautan arkib).

Pensijilan yang sah

Syarikat luar negara yang mahu mendapatkan pensijilan halal di negara ini perlu membuat permohonan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). 

Menurut rekod daripada bahagian pensijilan Halal MalaysiaMcDonald's, KFC, Domino's, Pizza Hut dan Starbucks mempunyai sijil halal yang sah sehingga 2026 (pautan arkib ini, ini, ini, ini dan ini).

AFP sebelum ini telah menyemak fakta dakwaan serupa terhadap jenama-jenama lain di Malaysia, seperti di sini, di sini, dan di sini.

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami