Anggota tentera udara Sri Lanka menyembur disinfektan sebagai langkah pencegahan terhadap koronavirus COVID-19 di luar Stesen Kereta Api Fort di Colombo pada 18 Mac 2020. (AFP / Lakruwan Wanniarachchi)

Dakwaan tak benar beredar dalam talian bahawa beberapa negara di Asia menggunakan helikopter untuk menyembur ‘disinfektan COVID-19’

Hak cipta AFP 2017-2021. Semua hak cipta terpelihara.

Nasihat yang menggesa penduduk untuk tinggal di dalam rumah semasa helikopter tentera udara kebangsaan sembur disinfektan ke atas rumah untuk membunuh penyakit novel koronavirus, atau COVID-19, telah beredar dalam talian di Malaysia, Sri Lanka dan Filipina. Mesej amaran tersebut telah dikongsi di Facebook dan WhatsApp. Tetapi dakwaan itu tak benar. Kesemua kerajaan di negara-negara tersebut telah berkata tentera udara mereka tidak terlibat dalam sebarang operasi yang dikatakan.

– Malaysia –

Nasihat mengenai pelan tentera khas Malaysia untuk menggunakan helikopter untuk menyembur racun perosak terhadap COVID-19 telah diterbitkan di Facebook di sini pada 19 Mac 2020.

Di bawah adalah tangkapan skrin posting Facebook yang mengelirukan itu:

Tangkapan skrin posting Facebook yang mengelirukan itu

Teks dalam posting itu menyatakan: “Hari ini, helikopter tentera khas akan menyembur racun perosak terhadap virus Corona di langit di seluruh negara, jadi anda mesti berada di dalam rumah selepas jam dua belas malam.

“Dan masukan semua pakaian yang berada di luar. apabila anda mendengar bunyi pesawat pada waktu malam, anda tahu bahawa ia berkaitan dengan perkara ini (COVID-19). Berlaku di Malaysia. Pls memaklumkan jika anda mempunyai keluarga dan rakan-rakan di Malaysia.”

COVID-19 pertama kali dikesan di bandar Wuhan, China pada Disember 2019. Sejak itu, ia telah membunuh lebih daripada 135,000 orang dan menjangkiti melebihi 2 juta orang di seluruh dunia, menurut data dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 16 April 2020. 

Dakwaan itu juga dikongsikan di Facebook di sini, sini dan sini; dan di Twitter di sini.

Dakwaan itu tak benar.

Di dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada 19 Mac 2020 di laman Facebook rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia, Panglima Angkatan Tentera Affendi Buang telah “menegaskan bahawa berita yang sedang tular berkaitan ‘helikopter tentera khas akan menyembur racun perosak terhadap virus Corona di langit seluruh negara…’, (serta dalam versi bahasa Inggeris) adalah merupakan berita PALSU dan semua pihak diminta berhenti menyebarkannya SERTA-MERTA.”

Majlis Keselamatan Negara juga mengeluarkan kenyataan untuk menafikan bahawa “helikopter tentera digunakan untuk membuat semburan disinfeksi” melalui akaun Telegram rasminya di sini.

– Sri Lanka –

Sebuah nasihat mengenai pelan Tentera Udara Sri Lanka untuk menggunakan helikopter untuk disinfeksi seluruh negara telah diterbitkan di sini di Facebook pada 24 Mac 2020.

Ia telah dikongsikan melebihi 1,000 kali.

Di bawah adalah tangkapan skrin posting yang mengelirukan itu:

Tangkapan skrin posting Facebook yang mengelirukan

Teks yang ditindih ke atas imej diterjemahkan dari bahasa Sinhala kepada bahasa Malaysia sebagai: “Tiada sesiapa patut di luar selepas 11:30 PM malam ini.

“Pintu dan tingkap mesti ditutup kerana disinfektan akan disembur di udara untuk menghapuskan koronavirus daripada negara ini menggunakan helikopter.”

Dakwaan itu juga dikongsi di kalangan pengguna WhatsApp dan diterbitkan di Facebook di sini, sini, sini dan sini.

Dakwaan itu tak benar.

Jabatan Penerangan Kerajaan Sri Lanka menyangkal dakwaan itu di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 24 Mac 2020.

Ia menyatakan: “Terdapat mesej tak benar beredar di media sosial bahawa disinfektan akan disembur oleh helikopter pada 11.30 malam ini untuk menghapuskan koronavirus dan jurucakap tentera udara berkata bahawa Tentera Udara Sri Lanka tidak terlibat di dalam sebarang operasi sebegitu.”

Di bawah adalah tangkapan skrin kenyataan media asal dalam bahasa Sinhala:

Tangkapan skrin kenyataan media itu

Pemangku Pengarah Media Tentera Udara Sri Lanka, Kapten Kumpulan Dushan Wijesinghe, juga memberitahu laman berita Sri Lanka EconomyNext bahawa dakwaan itu “tak benar” dan bahawa Tentera Udara “tidak akan menjalankan sebarang operasi sedemikian”.

– Filipina – 

Sebuah nasihat mendakwa bahawa Tentera Udara Filipina akan menyembur racun perosak ke seluruh negara dalam usaha untuk membendung penyebaran COVID-19 telah diterbitkan di sini di Facebook pada 21 Mac 2020.

Di bawah adalah tangkapan skrin posting Facebook yang mengelirukan itu, yang telah dikongsikan hampir 200 kali:

Tangkapan skrin posting Facebook yang mengelirukan

Posting dalam bahasa Inggeris itu menyatakan: “Hari ini, helikopter tentera khas akan menyembur racun perosak terhadap virus Corona di langit di seluruh negara, jadi anda mesti berada di dalam rumah selepas jam dua belas malam.

“Dan keluarkan semua pakaian yang berada di luar. apabila anda mendengar bunyi pesawat pada waktu malam, anda akan tahu bahawa ia berkaitan dengan perkara ini (COVID-19).”

Dakwaan yang sama juga dikongsikan di sini, sini dan sini di Facebook.

Dakwaan ini juga tak benar. Pada 21 Mac 2020 di sini, Jabatan Kesihatan Filipina, atau Department of Health (DOH), menafikan dakwaan yang beredar dalam talian. Ia menggesa orang awam untuk mendapatkan maklumat dari akaun rasmi sahaja.

Sebahagian kenyataan Facebook itu menyatakan: “Berita yang beredar mengenai SEMBURAN RACUN PEROSAK oleh helikopter tentera di seluruh negara selepas 12 tengah malam untuk memerangi COVID-19 adalah TIDAK BENAR.

“DOH menjelaskan bahawa tidak terdapat helikopter tentera ataupun pesawat yang akan digunakan untuk aktiviti penyemburan. Jabatan menggesa orang awam untuk mendapatkan maklumat dari saluran rasmi DOH. Orang awam juga akan dimaklumkan mengenai perkembangan terkini berkaitan dengan acara kesihatan COVID-19.”

Di bawah adalah tangkapan skrin kenyataan Jabatan Kesihatan Filipina: 

Tangkapan skrin kenyataan Jabatan Kesihatan Filipina

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa racun perosak tidak akan berkesan dalam mencegah COVID-19.

Ia menyatakan: “Racun perosak berkesan terhadap perosak, bukan virus. COVID-19 adalah disebabkan virus.”

Menurut repot 23 Mac 2020 ini oleh Agensi Berita Filipina yang dikendalikan oleh kerajaan, Polis Kebangsaan Filipina, atau Philippine National Police (PNP),  juga menyangkal dakwaan yang mengelirukan itu. 

Sebahagian repot itu menyatakan: “Jurucakap PNP Brig. Jen. Bernard Banac menafikan repot bahawa kerajaan, melalui polis dan tentera, akan menyembur racun perosak di seluruh negara menggunakan helikopter dalam usaha untuk membunuh virus yang menyebabkan Covid-19.

“‘Ini adalah tidak ragu lagi berita palsu dan mesti diabaikan secara langsung. Pasukan Petugas Antara Agensi untuk Pengurusan Penyakit Berjangkit yang Akan Muncul, atau Inter-Agency Task Force for the Management of Emerging Infectious Diseases (IATF-EID) telah menafikan sebarang operasi penerbangan tersebut,’ kata Banac di dalam satu kenyataan.” 

KORONAVIRUS