Foto singa ini diambil di Afrika Selatan pada 2016 – ia tidak berkaitan dengan pandemik koronavirus

  • Artikel ini berusia lebih dari setahun.
  • Diterbitkan pada hari 07/04/2020 jam 10:30
  • Dikemas kini pada hari 02/09/2020 jam 18:17
  • Durasi bacaan 3 minit
  • Oleh: AFP Australia, AFP Malaysia
Tangkapan skrin siaran berita yang dikatakan menunjukkan seekor singa di jalan dan melaporkan bahawa Rusia telah menggunakan ratusan singa untuk mengekalkan ketenteraman semasa perintah berkurung (lockdown) novel koronavirus telah dikongsi di Facebook dan Twitter. Dakwaan itu tak benar. Foto yang digunakan dalam imej itu telah diambil di Johannesburg, Afrika Selatan, pada 2016.

Foto itu diterbitkan di laman Facebook ini yang berpusat di Malaysia dengan pengikut melebihi 22,000 orang. Ia telah dikongsi hampir 1,000 kali.

Kapsyennya menyatakan: “Di Russia Putin lepaskan 800 ekor Harimau dan Singa bagi memaksa rakyatnya duduk di rumah sebab diaorang degil yakmat.”

Teks berbahasa Inggeris pada foto itu, diterjemahkan kepada bahasa Malaysia sebagai: 

“Pembendungan DI RUSIA:
Vladmir Putin telah melepaskan 800 Singa dan Harimau di seluruh negara untuk menekan orang ramai untuk tinggal di rumah...”

Di bawah adalah tangkapan skrin posting Facebook yang mengelirukan itu:

Image
Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan

Penyakit novel koronavirus, atau COVID-19, telah membunuh hampir 68,000 orang dan menjangkiti melebihi 1.2 juta orang di seluruh dunia, menurut data dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 6 April 2020.

Di Russia, COVID-19 telah menjangkiti hampir 5,400 orang dan membunuh 45 orang, menurut data WHO yang sama.

Imej yang dikatakan adalah singa yang digunakan itu telah dikongsi bersama-sama dakwaan serupa dalam bahasa Malaysia di Facebook di sini, sini dan sini.

Ia dikongsikan dengan dakwaan serupa dalam bahasa Inggeris di sini, sini dan sini.

Foto dan dakwaan itu juga disebarkan di dalam pelbagai bahasa lain, seperti bahasa Cina di sini dan sini; bahasa Indonesia di sini dan sini; bahasa Portugis di sini dan sini; bahasa Rusia di sini; dan bahasa Sepanyol di sini dan sini.

Dakwaan itu tidak benar.

Carian imej terbalik di Google mendapati bahawa foto singa itu telah ditangkap di Johannesburg pada 2016. Foto itu, yang telah diterbitkan pada 15 April 2016, boleh didapati di sini dari Caters News Agency yang berpusat di UK.

Di bawah adalah tangkapan skrin carian Google untuk artikel itu:

Image
Tangkapan skrin carian Google untuk artikel itu

Sebahagian artikel itu, diterjemah dari bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia, berjudul “Kaki pada lampu -- singa dilihat berkeliaran di jalan di bandar,” menyatakan: “Kucing liar itu dijumpai berjalan-jalan melalui jalan Johannesburg, Afrika Selatan, dan walaupun ia sesuatu yang kelihatan membingungkan, penduduk tempatan dengan cepat ditenterami bahawa keadaan tersebut terkawal. Singa itu, dinamakan Columbus, adalah sebenarnya watak sebuah filem buatan tempatan dan telah dipinjam dari sebuah taman singa berhampiran, walaupun syarikat filem itu gagal memberitahu pihak berkuasa.”

Di bawah adalah tangkapan skrin laporan Caters itu:

Image
Tangkapan skrin repot Caters

Presiden Vladimir Putin mengumumkan cuti di seluruh negara Rusia dari 28 Mac hingga 5 April 2020, dalam usaha untuk membuat orang ramai tinggal di rumah dan untuk mengekang penularan koronavirus, menurut The Guardian di sini dan The Moscow Times di sini.

Beliau melanjutkan tempoh tidak bekerja sampai 30 April 2020 kerana bilangan kes melonjak, lapor AFP di sini pada 3 April 2020.

 

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami