Video ini tidak menunjukkan Saddam Hussein membuat rujukan kepada COVID-19
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Selasa 21/04/2020 pukul 06:05
- Dikemas kini pada hari Rabu 02/09/2020 pukul 17:26
- Durasi bacaan 2 minit
- Oleh: AFP Malaysia, AFP India, AFP Indonesia
Hak Cipta © AFP 2017-2025. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Video berdurasi dua minit empat saat itu telah ditonton lebih daripada 200 kali setelah dikongsikan di sini di Facebook pada 24 Mac 2020.
Di bawah adalah tangkapan skrin posting Facebook yang mengelirukan itu:
Kapsyennya menyatakan: “Dengarkan bicara Saddam Hussein dalam pertemuan 1990-an dengan pemerintahnya, menceritakan kepada mereka bagaimana Amerika mengancam Iraq dengan virus Corona. Ini seterusnya membuktikan bahawa tiada keraguan dimana Corvid-19 adalah senjata biologi milik Amerika.”
Saddam Hussein merupakan presiden Iraq dari 1979 sehingga 2003. Dia dihukum gantung sampai mati pada Disember 2006 selepas disabitkan dengan jenayah terhadap kemanusiaan.
COVID-19 pertama sekali dikesan di bandar Wuhan, China, pada akhir 2019. Sejak itu, virus tersebut telah membunuh hampir 158,000 orang dan menjangkiti lebih daripada 2.3 juta yang lain di seluruh dunia, menurut data dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 21 April 2020.
Video tersebut dikongsikan dengan dakwaan yang sama di Facebook di sini, sini dan sini, di mana ia telah ditonton sekurang-kurangnya 300 kali.
Ia juga dimuat naikkan di Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram dengan dakwaan serupa dalam bahasa Indonesia di sini dan sini; bahasa Hindi di sini; bahasa Inggeris di sini, sini dan sini; dan bahasa Jerman di sini.
Dakwaan itu tak benar.
Audio di dalam video yang mengelirukan itu telah dimanipulasikan untuk memasukkan ucapan yang kononnya mengenai novel koronavirus.
Video asal telah dimuat naikkan di sini di saluran YouTube Associated Press pada 21 Julai 2015.
“Associated Press tidak ada kaitan dengan penciptaan video palsu ini. AP mengecam secara terbuka penyalahgunaan kandungannya secara terang-terangan dan kepalsuan dalam apa jua bentuk,” Lauran Easton, direktor global hubungan media untuk Associated Press, memberitahu AFP melalui emel.
Video asal di bawah:
Sebahagian keterangan posting itu, yang diterjemahkan dari bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia, menyatakan: “Presiden Iraq Saddam Hussein mengeluarkan kata-kata yang ingkar pada Selasa. Dia memberitahu pegawai kanan tentera bahawa: ‘Jika Tuhan menghendakinya dan kami terpaksa mengejar musuh, maka kami akan melakukannya’. Saddam sedang berucap di dalam mesyuarat di ibu negara Baghdad yang telah disiarkan di televisyen. Mesyuarat itu telah dihadiri oleh anaknya Qusay, yang mengetuai korps Pengawal Republik elit.”
Keterangan posting itu juga menyediakan transkrip tambahan mengenai komen Saddam di dalam video itu. “Jika Tuhan menghendakinya dan kami terpaksa mengejar musuh, maka kami akan melakukannya,” kata Saddam menurut terjemahan bahasa Inggeris AP.
Di bawah adalah perbandingan tangkapan skrin video yang mengelirukan (kiri) dan video asal Associated Press (kanan):
Sebelum ini, video ini telah dibongkar oleh AFP di sini dalam bahasa Arab.
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami