Foto Presiden Ukraine Zelensky dalam pakaian tentera diambil pada April 2021, sebelum serangan Rusia

Hak cipta AFP 2017-2022. Semua hak cipta terpelihara.

Foto Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dalam kelengkapan tentera telah dikongsikan secara meluas dalam catatan media sosial bersama dengan dakwaan ia menunjukkan beliau di barisan hadapan selepas Rusia menyerang negara jirannya pada Februari 2022. Walau bagaimanapun, dakwaan itu tidak benar. Gambar itu sebenarnya menunjukkan Zelensky dalam lawatan lapangan ke sebuah wilayah di timur Ukraine pada April 2021, hampir setahun sebelum pencerobohan Rusia bermula.

Foto yang menunjukkan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky memakai jaket kalis peluru dan dikelilingi oleh kenderaan tentera telah dimuat naikkan di sini di Facebook pada 26 Februari 2022.

Kapsyen catatan itu berbunyi: “Presiden Ukraine turun ke medan perang ".

Tangkapan skrin catatan Facebook mengelirukan, diambil pada 3 Mac 2022

Gambar yang sama turut dikongsikan bersama dakwaan serupa di Facebook di sini dan sini.

Foto berserta dakwaan yang serupa turut muncul dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Pelbagai catatan seperti ini beredar selepas Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan pelancaran operasi ketenteraan di Ukraine pada 24 Februari 2022, seperti yang dilaporkan oleh AFP di sini.

Zelensky, bekas pelawak yang dilantik menjadi presiden, telah memenangi hati peminat di seluruh dunia dengan keputusannya untuk tinggal bersama rakyat Ukraine untuk mempertahankan negaranya.

Beliau dilaporkan menolak tawaran pemindahan dari Washington, sambil berkata: "Pertempuran di sini; saya perlukan amunisi, bukan tumpangan."

Namun begitu, foto itu dikongsikan dalam konteks tidak sahih.

Carian kata kunci menemui foto ini di laman web AFP Forum.

Keterangannya berbunyi: "Gambar edaran ini diambil dan dikeluarkan oleh Perkhidmatan Akhbar Presiden Ukraine pada 9 April 2021 menunjukkan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berjalan di barisan hadapan dengan kumpulan pemisah yang disokong Rusia di wilayah Mariupol."

Gambar edaran ini diambil dan dikeluarkan oleh Perkhidmatan Akhbar Presiden Ukraine pada 9 April 2021 menunjukkan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berjalan di barisan hadapan dengan kumpulan pemisah yang disokong Rusia di wilayah Mariupol. ( AFP / STR)

Mariupol terletak di bahagian timur Ukraine.

Foto edaran itu juga diterbitkan dalam beberapa laporan bertarikh April 2021 tentang konflik di wilayah timur Ukraine di sini, sini dan sini.

Foto-foto lain dari lawatan Zelensky pada 9 April 2021 juga ada di AFP Forum di sini.

AFP telah membongkar dakwaan yang serupa menggunakan gambar-gambar lama lain Zelensky dalam pakaian tentera di sini.

Ukraine conflict