Ini video kapal perang Rusia berlabuh di Cuba pada 2019, bukan pada 2024
- Diterbitkan pada hari Rabu 26/06/2024 pukul 09:05
- Durasi bacaan 2 minit
- Oleh: AFP Timur Tengah & Afrika Utara, AFP Hong Kong, AFP Malaysia
- Terjemahan dan adaptasi Tommy WANG , Najmi Mamat
Hak Cipta © AFP 2017-2024. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
"Kapal friget Russia 'Admiral Gorshkov' tiba di pelabuhan Havana, Cuba," tulis sebahagian kapsyen pada siaran X yang diterbitkan pada 10 Jun 2024.
Frigat peluru berpandu Rusia Admiral Gorshkov dan kapal selam berkuasa nuklear Kazan tiba di Cuba pada 12 Jun 2024 dalam suatu lawatan lima hari yang jarang berlaku ke pulau itu.
Penempatan tentera Rusia yang begitu hampir dengan Amerika Syarikat -- khususnya kapal selam berkuasa yang dikatakan Cuba tidak membawa senjata nuklear -- berlaku di tengah-tengah ketegangan besar terhadap perang di Ukraine, di mana kerajaan yang disokong Barat itu sedang melawan pencerobohan Rusia.
Sebuah kapal selam berkuasa nuklear AS tiba di Cuba pada hari berikutnya sebagai sebahagian daripada rutin lawatan dan pelabuhan yang dirancang, kata Komando Selatan AS.
Video itu juga telah dikongsi di media sosial lain termasuk Telegram di sini dan di sini serta TikTok.
Ia juga dikongsi dengan dakwaan serupa dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Cina, bahasa Inggeris, bahasa Jerman, bahasa Arab dan bahasa Rusia.
Video 2019
Carian imej terbalik dan kata kunci menemui video asal yang disiarkan di YouTube pada 30 Jun 2019 oleh agensi berita The Associated Press (AP) (pautan arkib).
Rakaman itu menunjukkan kapal tentera laut Rusia memasuki Havana pada 24 Jun 2019 sebagai tanda solidariti dengan pulau itu selepas Amerika Syarikat menyekat lawatan oleh para pelancong ke sana, menurut kapsyen video terbabit.
Pentadbiran presiden Donald Trump ketika itu mengumumkan larangan pada 4 Jun ke atas kapal persiaran AS yang singgah di Cuba, bertujuan untuk mengurangkan sumber pendapatan penting bagi negara yang dituduh Washington sebagai membantu menyokong Presiden Venezuela Nicolas Maduro.
Di bawah ialah perbandingan tangkapan skrin video mengelirukan yang dikongsi dalam siaran media sosial (kiri) dan video disiar AP (kanan):
AFP turut merakamkan gambar kapal-kapal Rusia yang tiba di Havana itu pada Jun 2019.
Semasa Perang Dingin, Cuba adalah negara sekutu utama untuk Kesatuan Soviet.
Penempatan tapak peluru berpandu nuklear Soviet di pulau itu mencetuskan Krisis Peluru Berpandu Cuba pada 1962, apabila Washington dan Moscow hampir berperang.
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami