Video ini menunjukkan dua kejadian berasingan yang melibatkan wanita berlainan di pasar raya

  • Artikel ini berusia lebih dari setahun.
  • Diterbitkan pada hari Rabu 13/05/2020 pukul 08:10
  • Dikemas kini pada hari Rabu 02/09/2020 pukul 18:38
  • Durasi bacaan 2 minit
  • Oleh: AFP Australia, AFP Malaysia
Sebuah video telah ditonton puluhan ribu kali setelah dikongsikan di dalam pelbagai posting di Facebook, Twitter, YouTube dan Twitter dengan dakwaan ia menunjukkan seorang wanita yang ditahan oleh polis di Australia selepas dia disahkan positif untuk novel koronavirus, atau COVID-19, dan telah dirakam meludah di sebuah pasar raya di pinggir bandar Sydney. Dakwaan itu mengelirukan. Video tersebut telah disunting dari dua klip kejadian berasingan yang melibatkan wanita berlainan; polis di Australia berkata klip pertama menunjukkan seorang wanita yang disoal dan dilepaskan selepas kekecohan di sebuah kedai di pinggir bandar Sydney; rangkaian pasar raya Australia yang dipetik di dalam posting yang mengelirukan berkata klip kedua bukan dirakam di dalam kedainya.

Video ini telah dimuat naikkan di Facebook pada 28 Mac 2020. Ia telah ditonton melebihi 45,000 kali dan dikongsikan lebih daripada 1,900 kali.

Klip pertama menunjukkan seorang wanita sedang diberkas oleh anggota polis. Teks yang bertindih di atas klip itu, diterjemahkan dari bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia, berbunyi: “Menjijikkan. Dia diuji positif untuk Covid-19 n ditangkap meludah pada buah-buahan”.

Klip kedua nampaknya menunjukkan seorang wanita meludah pada pisang di dalam sebuah kedai. Teks yang bertindih di atas video tersebut menyatakan ia dirakam di “Chullora Woolworths”, sebuah pasar raya di pinggir bandar Sydney, Australia.

Kapsyen video tersebut menyatakan: “Wanita China di tangkap polisi Australia Karena meludahi buah2an di Supermarket Australia Ternyata dia positive virus corona...... Jahatnya ini orang…”

Di bawah adalah tangkapan skrin posting yang mengelirukan:

Image
Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan

Video dan dakwaan yang sama juga dikongsikan di Facebook di sini, sini dan sini.

Ia juga dikongsikan dalam bahasa Cina di Twitter di sini, bahasa Inggeris di Facebook di sini dan YouTube di sini, manakala bahagian pertamanya juga muncul di TikTok di sini.

Dakwaan tersebut mengelirukan. Video tersebut menunjukkan dua kejadian berasingan di kedai yang melibatkan wanita berlainan. 

Jurucakap polis New South Wales memberitahu AFP melalui emel pada 24 Mac 2020 bahawa bahagian pertama video tersebut berkaitan dengan kejadian di Gordon, pinggir bandar Sydney.

“Kira-kira jam 9.40 pagi (Khamis 19 Mac 2020) polis berada di sebuah Pasar raya Gordon apabila mereka mereka diberitahu tentang gangguan antara [seorang] pelanggan dan anggota kakitangan,” kata kenyataan tersebut.

“Pelanggan itu berulang kali diminta untuk meninggalkan kedai oleh kakitangan kedai dan polis. Dia enggan menurut perintah, dan wanita berusia 54 tahun itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Gordon. Wanita tersebut diberi nasihat mengenai tentang tingkah lakunya di kedai itu dan dibebaskan.”

Saluran berita Australia 7 News memaparkan bahagian pertama video tersebut di sini di laman Facebooknya pada 19 Mac 2020. Ia menyatakan kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai di Gordon.

Di bawah adalah perbandingan tangkapan skrin video di dalam posting mengelirukan (kiri) dan video 7 News (kanan):

Image
Perbandingan tangkapan skrin video di dalam posting mengelirukan (kiri) dan video 7 News (kanan)

Seorang jurucakap Woolworths memberitahu AFP pada 24 Mac 2020 bahawa kejadian yang ditunjukkan di bahagian kedua video tersebut tidak berlaku di kedainya di Chullora.

“Kami boleh mengesahkan bahawa ia bukan di kedai Chullora kami. Kami menggalakkan para pelanggan untuk berwaspada terhadap misinformasi di media sosial,” kata jurucakap Woolworths tersebut.

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami