Imej dari kartun The Simpsons telah diubah suai secara digital untuk membuatnya nampak seperti ia meramalkan novel koronavirus

Satu siri tangkapan skrin dari kartun The Simpsons telah beredar dalam talian bersama-sama dakwaan bahawa rancangan TV tersebut telah meramalkan wabak novel koronavirus. Dakwaan itu tak benar: montaj tersebut memetik tangkapan skrin daripada dua episod yang berlainan, salah satu daripadanya telah diubah suai secara digital untuk memasukkan perkataan “corona virus”.

Dakwaan bahawa kartun The Simpsons telah meramalkan wabak novel koronavirus telah muncul di posting Facebook ini pada 1 Mac 2020. 

“Jangan pernah meremehkan the simpsons... the Simpsons 1993.. Corona virus dari China..,” dakwa posting itu.

Di bawah adalah tangkapan skrin posting Facebook yang mengelirukan itu:

Image
Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan

Dakwaan serupa dikongsikan lebih dari 1,000 kali setelah muncul di Facebook di sinisini dan sini dalam bahasa Malaysia. Ia juga beredar dalam talian di Facebook di sini, dan Twitter di sini dan sini dalam bahasa Indonesia.

Tangkapan skrin tersebut juga telah dikongsikan di Facebook di sini dan sini, Twitter dan Instagram dalam beberapa bahasa lain, termasuklah bahasa Inggeris, Sepanyol dan Portugis.

Tiga daripada empat gambar di pos Facebook mengelirukan itu adalah dari Musim 4, Episod 21 dari The Simpsons, seperti yang didakwa kapsyennya. 

Episod “Marge in Chains” menampilkan virus yang tular dari Jepun ke Springfield dalam bungkusan. Walau bagaimanapun, penyakit itu dinamakan sebagai “Osaka flu” – bukan koronavirus – di dalam repot yang dibacakan oleh pembaca berita Kent Brockman di dalam rancangan itu.

Image
Salah sebuah episod The Simpsons yang menampilkan virus fiksyen 'Osaka flu'

Imej di sudut kanan bawah adalah daripada episod yang berlainan. AFP menjalankan carian kata kunci untuk “apocalypse meow” – jelas dalam warna merah di belakang tajuk “corona virus” dalam warna kuning – dan menjumpai bahawa tangkapan skrin tersebut diambil daripada episod yang ditayangkan pada 2010

Episod itu, “The Fool Monty”, menampilkan satu plot oleh media untuk melepaskan penyakit buatan manusia yang dikenali sebagai “selesema kucing rumah”.

Semasa sebuah buletin berita, Kent Brockman digambarkan bersama-sama satu tajuk yang menyatakan, “Apocalypse Meow”, yang sejak itu telah diubah suai untuk menambahkan terma “corona virus” di dalam posting-posting yang disebarkan luas di media sosial.

Image
Tangkapan skrin membandingkan salah satu episod The Simpsons (kiri) dan gambar dakwaan tak benar yang dikongsikan di Facebook (kanan)

Sebelum ini, WHO telah membongkar dakwaan tak benar yang orang ramai boleh dijangkiti novel koronavirus daripada bungkusan dari China.

“Ia adalah sangat tidak mungkin bahawa anda boleh dijangkiti COVID-19 hanya dari menyentuh bahagian luar bungkusan yang dihantar dari China ataupun negara lain,”  jurucakap WHO Tarik Jasarevic memberitahu AFP melalui e-mel.

“Secara amnya, virus tidak boleh hidup lebih daripada beberapa jam di atas bahan berliang seperti kertas atau kadbod.” 

Sejak novel koronavirus, atau COVID-19, muncul di bandar Wuhan, China, pada akhir 2019, ia telah mengorbankan lebih daripada 4,000 orang dan menjangkiti lebih daripada 113,000 orang di seluruh dunia , menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ini yang bertarikh 10 Mac 2020. 

Baca lebih lanjut mengenai maklumat palsu novel koronavirus di sini

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami