Gambar itu tersebar dalam talian sejak 2019 dan menunjukkan taman tema terbengkalai di Jepun

Hak cipta AFP 2017-2020. Semua hak cipta terpelihara.

Satu gambar telah dikongsikan di Twitter dan Facebook bersama-sama dakwaan bahawa ia menunjukkan eskalator sebuah taman tema di Malaysia yang telah semak dengan tumbuhan selepas penutupan berpanjangan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dakwaan itu tak benar. Gambar tersebut menunjukkan taman tema terbengkalai di Jepun dan telah tersebar dalam talian sekurang-kurangnya sejak Mei 2019.

Gambar ini, dimuat naikkan di Twitter pada 2 Mei 2020, telah mendapat melebihi 10,000 ulang ciapan.

Kapsyennya berbunyi: “eskalator sunway lagoon”.

Tangkapan skrin ciapan yang mengelirukan

Sunway Lagoon adalah sebuah taman tema di Kuala Lumpur.

Ia telah tutup sejak 18 Mac 2020, pada hari pertama Malaysia melaksanakan PKP bagi membendung penularan wabak COVID-19. PKP telah dilanjutkan sehingga sekurang-kurangnya 9 Jun 2020.

Gambar yang sama juga telah dikongsi di Facebook di sini, sini dan sini, bersama-sama dakwaan serupa.

Dakwaan itu tak benar.

Carian imej terbalik di Google mendapati bahawa gambar tersebut telah dimuat naikkan di Instagram di sini pada 8 Mei 2019. Sebahagian kapsyennya, diterjemahkan dari bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia, berbunyi: “
Eskalator terbengkalai”.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

𓁿 𓁿 𓁿 𓁿 𓁿 𓁿 ᗗƄaпԀøп∈Ԁ ∈s⊂ⲁlⲁϮøг 𓁿 𓁿 𓁿 𓁿 𓁿D∈sϮiп∈Ԁ Ϯø Ƅ∈ gг∈∈п./緑になる運命。𓁿 𓁿【Size】A3+/329x483 𓁿 𓁿【Material】Alpolic 𓁿 𓁿©︎espinas3 2019 1/50 𓁿 𓁿 𓁿 𓁿 𓁿 𓁿 #royalsnappingartists#rsa_preciousjunk#infinity_undercore#JJ_urbex#sombrexplore#grime_lords#glitz_n_grime#abandonedafterdark#godsofbando#renegade_abandoned#ig_urbex#anonymousbando#allabandoned#urbex_kings#savethedecay#kings_abandoned#abandoned_addiction#nature_takes_over#japan_urbex#abandoned_excellence#theurbexchallenge#urbexchampions#bandorebelz#urbex_regards#abandoned#abandoned_seekers_#urbex_utopia#grime_reapers#廃墟 #reclaimedbynature2020

A post shared by Nagasaki,JPN 𓁿URBAN EXPLORER𓁿 (@espinas3) on

Di bawah adalah perbandingan tangkapan skrin gambar dari posting yang mengelirukan (kiri) dan posting Instagram (kanan):

Perbandingan tangkapan skrin gambar dari posting yang mengelirukan (kiri) dan posting Instagram (kanan)

Akaun Instagram espinas3 yang memuat naikkan gambar itu dimiliki seorang jurugambar berpusat di Nagasaki, Jepun, yang mengkhusus dalam fotografi penerokaan bandar.  

Jurugambar tersebut juga memuat naikkan gambar-gambar di lokasi yang sama; kapsyen gambar ini, diterjemahkan dari bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia, berbunyi: “Taman tema terbengkalai”.

Carian kata kunci selanjutnya mendapati gambar ini dari catatan blog Mei 2010 yang mengenal pasti lokasi tersebut sebagai Nagasaki Holland Village, sebuah taman hiburan bertema Belanda yang telah ditutup di Saikai, wilayah Nagasaki, Jepun.

Tangkapan skrin gambar dari catatan blog Mei 2010

Di bawah adalah perbandingan tangkapan skrin gambar dari posting yang mengelirukan (kiri) dan gambar-gambar dari catatan blog (kanan):

Perbandingan tangkapan skrin gambar dari posting yang mengelirukan (kiri) dan gambar dari catatan blog (kanan)
Perbandingan tangkapan skrin gambar dari posting yang mengelirukan (kiri) dan gambar dari catatan blog (kanan)

Sunway Lagoon, taman tema di Malaysia itu, juga telah menafikan dakwaan tersebut di dalam ciapannya di sini pada 4 Mei 2020.

Ciapan tersebut berbunyi: “Seram betul la escalator tu, nasib kami punya masih elok dan tak dipenuhi daun. Tapi idea tu boleh guna untuk Nights of Fright 8 bro. Baru feeling masuk hutan cari hantu”. 

KORONAVIRUS