Imej menunjukkan presiden Brazil menangis, bukan pemimpin Itali
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Isnin 06/04/2020 pukul 13:10
- Durasi bacaan 4 minit
- Oleh: AFP Kanada, AFP Australia, AFP Malaysia
Hak Cipta © AFP 2017-2025. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Gambar-gambar ini diterbitkan di posting Facebook ini pada 23 Mac 2020 dan telah dikongsi lebih daripada 2,500 kali.
Gambar pertama menunjukkan seorang lelaki yang kelihatan sebak di hadapan mikrofon dengan sebahagian kapsyennya dalam bahasa Inggeris diterjemahkan kepada bahasa Malaysia sebagai: “Hanya lihatlah presiden Itali yang sedang menangis.”
Gambar kedua merupakan tangkapan skrin teks yang sebahagiannya menyatakan, “Itali mengumumkan penyerahannya. Perdana menterinya berkata; Kawalan kita hilang. Penyakit berjangkit sedang membunuh kami.”
Gambar-gambar ini disertai teks posting Facebook yang sebahagiannya mendakwa: " "Italy sudah menyerah kalah...
“Negara yang mempunyai kelengkapan perubatan antara terbaik dunia pon sudah kalah dengan penyakit ini....700 lebih manusia mati di italy dalam tempoh sehari.....lebih 5000 kes positif baru dilaporkan setiap hari.....kakitangan kesihatan mereka juga banyak menjadi mangsa..... Menteri Italy menangis mengumumkan ‘serah diri’ kerajaan italy kepada makhluk halus bergelar covid19 ini…”
Di bawah adalah tangkapan skrin posting Facebook yang mengelirukan itu:
Gambar-gambar tersebut dikongsikan di Facebook di sini, sini dan sini, dalam bahasa Malaysia.
Gambar lelaki yang sama dengan dakwaan tentang presiden Itali menangis juga dikongsikan di Facebook dalam bahasa Indonesia di sini dan sini, serta dalam bahasa Inggeris di sini dan sini.
Gambar yang sama dengan dakwaan tentang perdana menteri Itali yang menangis dimuat naikkan dalam bahasa Inggeris di sini, sini dan sini; serta di laman sesawang di sini dan sini. Dakwaan itu juga diulangi dalam bahasa Sepanyol.
Penyakit novel koronavirus, atau COVID-19, telah membunuh hampir 63,000 orang di seluruh dunia, dengan lebih daripada 15,000 di kalangan mereka dari Itali, menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 5 April 2020 ini.
Walau bagaimanapun, dakwaan itu tak benar.
Foto itu menunjukkan Presiden Brazil Jair Bolsonaro menumpahkan air mata ketika ucapan Kesyukuran pada Disember 2019.
Carian imej terbalik di Google mendapati imej di posting yang mengelirukan itu adalah dari laporan Disember 2019 ini dari laman berita Poder360 yang berpusat di Brazil, dengan kredit kepada Sergio Lima, seorang jurugambar laman itu.
Di bawah adalah tangkapan skrin perbandingan foto dalam posting Facebook yang mengelirukan (kiri) dan foto yang diterbitkan oleh Poder360 (kanan):
Laporan itu menyatakan bahawa Bolsonaro menjadi sebak di upacara Kesyukuran di Istana Planalto, pejabat presiden, apabila beliau teringat ditikam di bandar Juiz de Fora semasa kempen pilihan raya 2018.
Kejadian ini dirakam dalam video YouTube ini yang dimuat naikkan oleh Planalto pada 17 Disember 2019, bersama-sama kapsyen yang sepadan.
Laporan itu menyatakan bahawa Bolsonaro menjadi sebak di upacara Kesyukuran di Istana Planalto, pejabat presiden, apabila beliau teringat ditikam di bandar Juiz de Fora semasa kempen pilihan raya 2018.
Kejadian ini dirakam dalam video YouTube ini yang dimuat naikkan oleh Planalto pada 17 Disember 2019, bersama-sama kapsyen yang sepadan.
Kapsyen tersebut diterjemahkan kepada bahasa Malaysia sebagai: “Presiden Jair Bolsonaro sangat teruja untuk berucap pada Selasa (17) semasa Penyembahan Kesyukuran di Istana Planalto. Bolsonaro teringat saat ketika beliau di hospital, selepas ditikam di Juiz de Fora, dan bahawa beliau meminta Tuhan untuk tidak meninggalkan anak perempuannya sebagai anak yatim.”
Di bawah adalah tangkapan skrin perbandingan foto yang diambil dari akaun media sosial Bolsonaro (kiri) dan Presiden Itali Sergio Mattarella (kanan); serta perbandingan foto Bolsonaro, yang mempunyai mata berwarna biru (kiri) dan Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte, yang mempunyai mata berwarna perang (kanan):
(AFP / Evaristo Sa / Tizana Fabi)
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami