Video ini telah tersebar dalam talian sejak tahun 2011 – beberapa tahun sebelum penularan pandemik COVID-19

  • Artikel ini berusia lebih dari setahun.
  • Diterbitkan pada hari Jumaat 24/07/2020 pukul 06:00
  • Dikemas kini pada hari Rabu 02/09/2020 pukul 17:18
  • Durasi bacaan 3 minit
  • Oleh: AFP Indonesia, AFP Malaysia
Satu video telah ditonton ratusan kali di pelbagai catatan di Facebook bersama-sama dakwaan bahawa ia menunjukkan warga Islam berbangsa Cina menunaikan solat Jumaat secara berjemaah di dalam sebuah masjid walaupun pandemik novel koronavirus menular. Dakwaan itu tak benar. Video ini telah tersebar di dalam talian mengenai umat Islam menunaikan solat berjemaah di sebuah masjid di bandar Xining, barat China, pada tahun 2011, sembilan tahun sebelum penularan wabak COVID-19.

Video ini dimuat naikkan ke Facebook pada 8 Mac 2020. Ia telah ditonton melebihi 250 kali.

Video berdurasi dua minit 26 saat ini menunjukkan orang ramai menunaikan solat secara berjemaah.

Di bawah adalah tangkapan skrin catatan Facebook yang mengelirukan:

Image
Tangkapan skrin catatan Facebook yang mengelirukan yang diambil pada 17 Julai 2020

Keterangannya menyatakan: “MashaAllah disebalik Virus Corona Sekarang di Cina bersesak sesak Solat Jumaat sampai ke Jalan Raya.”

Novel koronavirus, yang menyebabkan penyakit COVID-19, pertama kali dikesan di bandar Wuhan, China pada akhir tahun 2019. Sehingga 19 Julai 2020, hampir 86,000 kes COVID-19 disahkan dan lebih daripada 4,600 kematian dicatatkan di China, menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).  

Pihak berkuasa di Malaysia telah menangguhkan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat berjemaah bermula 17 Mac 2020, menurut kenyataan ini dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 

Bermula 12 Jun 2020, solat Jumaat dan solat berjemaah dibenarkan semula untuk “zon hijau” mengikuti senarai garis panduan, termasuk satu pertiga had kapasiti di dewan solat terlibat dan keutamaan diberikan kepada jemaah dalam kalangan warganegara Malaysia sahaja. 

Rakaman yang sama juga dikongsikan di Facebook di sinisini dan sini dengan dakwaan yang serupa.

Video yang sama dengan dakwaan yang serupa juga telah dikongsi dalam bahasa Indonesia di sini dan di sini. Ia juga dikongsi dalam bahasa Bengali di sini dengan dakwaan bahawa video itu menunjukkan pemeluk Islam yang baru berpusu-pusu ke sebuah masjid di China kerana pandemik novel koronavirus. 

Dakwaan-dakwaan tersebut tak benar. Video itu telah tersebar dalam talian sejak sekurang-kurangnya 2011 mengenai umat Islam bersolat di sebuah masjid di bandar Xining, barat China.

Carian imej terbalik menggunakan “keyframe” daripada rakaman yang dihasilkan menerusi InVID-WeVerify, alat pengesahan video, menjumpai video ini yang disiarkan di YouTube pada 12 Ogos 2011 oleh pengguna YouTube, Pavel Rytíř.

Video itu, diterjemahkan ke bahasa Malaysia, berjudul “Ramadan di Xining”. Keterangannya menyatakan: "Kedamaian dan Kasih sayang, Sallem all Laikhum”.  

Ramadan pada tahun 2011 bermula dari 1 Ogos dan tamat pada 29 Ogos.

Xining adalah ibu kota wilayah Qinghai, di bahagian barat China.

Di dalam ruangan komen video tersebut, pemilik akaun YouTube itu menulis, dalam bahasa Inggeris diterjemah ke bahasa Malaysia: “Saya memang rakam video ini.”

Di bawah adalah perbandingan tangkapan skrin video di dalam catatan Facebook yang mengelirukan (kiri) dan video YouTube 2011 (kanan):

Image
Tangkapan skrin video di dalam catatan Facebook yang mengelirukan (kiri) dan video YouTube 2011 (kanan)

AFP mendapati video itu dirakam di hadapan Masjid Dongguan di Xining. Gambar ini diambil di hadapan masjid itu dan menunjukkan sekumpulan orang bersolat bersebelahan bangunan yang mempunyai ciri-ciri yang sama.

Di bawah adalah perbandingan tangkapan skrin antara video di dalam catatan yang mengelirukan (kiri) dan gambar yang diambil di hadapan Masjid Dongguan (kanan). AFP telah membulatkan ciri-ciri yang sama dalam warna merah.

Image
Perbandingan tangkapan skrin antara video di dalam catatan yang mengelirukan (kiri) dan gambar yang diambil di hadapan Masjid Dongguan (kanan)

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami