![](/sites/default/files/medias/factchecking/canada//8pn3tj.jpg)
Negara-negara tidak membeli kit ujian Covid-19 pada tahun 2018
- Artikel ini berusia lebih dari setahun.
- Diterbitkan pada hari Isnin 28/09/2020 pukul 11:30
- Dikemas kini pada hari Khamis 01/10/2020 pukul 06:14
- Durasi bacaan 3 minit
- Oleh: AFP Malaysia, Rémi BANET
Hak Cipta © AFP 2017-2024. Sebarang penggunaan kandungan ini untuk tujuan komersial perlu melalui langganan. Klik di sini untuk lebih lanjut.
Dakwaan itu diterbitkan pada 7 September 2020 di Facebook di sini, di mana ia telah dikongsikan lebih daripada 250 kali.
Gambar-gambar yang disertakan dengan dakwaan tersebut menunjukkan tangkapan skrin dari laman web Penyelesaian Perdagangan Bersepadu Dunia (WITS).
![](/sites/default/files/styles/image_in_article/public/medias/factchecking/malaysia/screenshot_2020-09-24_16h40_02.png?itok=-n_yZFF5)
Kapsyen catatan Facebook yang mengelirukan itu menyatakan: “TENGAH MENULAR DI MEDIA SOSIAL...BUKTI YANG AMAT MENGEJUTKAN:
“Berdasarkan data rasmi dari Platform Import/Eksport Bank Dunia bagi setiap negara, Test Kit COVID-19 telah mula diedarkan ke seluruh dunia sejak 2018!
“Ini termasuk Malaysia, Singapore & Brunei!
“Kini mereka tukar maklumat ke ‘Medical Test Kit’ sebab terlalu ramai orang share!”
Dakwaan yang serupa dikongsikan di Facebook di sini, sini dan sini.
Dakwaan yang sama juga dikongsikan di Facebook dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab.
Catatan-catatan dengan dakwaan yang sama, tetapi dengan fokus kepada nomor produk 300215, beredar di Facebook di Australia dan Itali, serta di Twitter dalam bahasa Sepanyol.
![](/sites/default/files/styles/image_in_article/public/medias/factchecking/canada/testkitsausscreenshot.jpg?itok=28OKyt0G)
AFP Factuel juga menemui catatan dalam bahasa Perancis, dengan perhatian kepada kod produk 902780.
Jadual-jadual tersebut adalah tulen dan boleh didapati di laman sesawang WITS. Versi yang diarkibkan boleh didapati di sini dan sini.
WITS merupakan inisiatif bersama beberapa organisasi, antara lain Bank Dunia, Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), untuk memberikan data mengenai perdagangan dan tarif.
Walau bagaimanapun, ia tidak membuktikan negara-negara tersebut telah membeli kit ujian untuk Covid-19 sebelum pengesanan Sars-Cov-2 pada Disember 2019 di China.
Apabila disoal AFP pada 8 September 2020, Bank Dunia berkata melalui e-mel bahawa produk-produk dengan sebutan “Covid-19” dalam pangkalan data WITS berpadanan dengan peralatan perubatan yang telah lama digunakan untuk tujuan lain, tetapi dianggap penting semasa pandemik.
Barang-barang ini diklasifikasikan sebagai produk Covid-19 oleh Pertubuhan Kastam Dunia (WCO) untuk memudahkan pemantauan pergerakan mereka.
“Pada April tahun ini, WCO mengumpul semak senarai kod Sistem Harmonisasi (HS) untuk membolehkan negara-negara untuk mengesan dan mempercepat pergerakan ‘produk kritikal’ yang berkaitan dengan Covid-19,” kata Bank Dunia.
Dalam senarai ini adalah “puluhan alat perubatan khusus yang digunakan untuk mendiagnosis atau merawat Covid – termasuk ventilator, seperti yang kita semua tahu, telah wujud jauh sebelum wabak Covid-19,” jelasnya.
Kod produk
Menurut WCO, kod produk 382200 secocok dengan “reagen diagnostik berdasarkan ujian asid nukleik tindak balas rantai polimerase (PCR)”. Demikian juga, kod 300215 juga mengesan “reagen diagnostik berdasarkan reaksi imunologi”.
![](/sites/default/files/styles/image_in_article/public/medias/factchecking/canada/testkitwcoomd.jpg?itok=mqVgIqre)
Kod 902780 membantu mengesan “instrumen yang digunakan di makmal klinikal untuk Diagnosis In Vitro," yang dikatakan oleh Bank Dunia "bertujuan untuk membantu pakar penjagaan kesihatan untuk memeriksa dengan cepat sama ada para pesakit disambungkan ke ventilator dengan betul."
Dalam pernyataan yang dikeluarkan pada 8 September 2020, Bank Dunia menjelaskan lagi bahawa kerana maklumat yang tidak sahih disebarkan di media sosial, laman WITS “dikemas kini untuk mencerminkan realiti: Ujian Covid-19 tidak wujud sebelum 2020.
“Beberapa hari yang lalu, apa yang dilabel di WITS sebagai ‘Kit Ujian Covid-19’ (menggunakan label WCO) kini dilabel dengan betul di bahagian Covid WITS sebagai ‘Ujian Perubatan.’”
Pada 28 September 2020, jumlah orang yang meninggal kerana pandemik novel koronavirus telah melampaui angka satu juta, seperti dilaporkan AFP di sini.
AFP Fact Check telah membongkar lebih daripada 600 dakwaan yang tak benar dan mengelirukan mengenai wabak tersebut. Senarai lengkap dalam bahasa Inggeris boleh didapati di sini.
Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?
Hubungi kami