A Philippine policeman inspects identification of jeepney passengers at a checkpoint bordering nearby Cavite province and suburban Las Pinas in Manila on March 15, 2020, as the government steps up efforts to curb the spread of the new coronavirus. - Police began closing off access to the Philippines' sprawling and densely populated capital Manila on March 15, imposing a quarantine that officials hope will curb the nation's rising number of coronavirus cases. (Photo by Ted ALJIBE / AFP) (AFP / Ted Aljibe)

Pakar kesihatan tolak dakwaan bahawa COVID-19 mengikuti pola penularan wabak virus sekali setiap 100 tahun

Hak cipta AFP 2017-2021. Semua hak cipta terpelihara.

Dakwaan bahawa pandemik novel koronavirus 2020 mengikuti pola penularan wabak akibat virus yang berlaku sekali setiap 100 tahun telah dikongsikan di banyak posting Facebook. Dakwaan itu tak benar. Kenyataan tersebut mengandungi maklumat yang tidak tepat mengenai wabak akibat virus masa lampau dan mengabaikan pandemik lain yang tidak mengikuti pola yang diandaikan. Pakar kesihatan memberitahu AFP bahawa walaupun sesetengah virus bersifat musiman, tiada dasar untuk dakwaan bahawa wabak akibat virus berlaku sekali setiap abad.

Dakwaan tersebut telah diterbitkan di posting Facebook ini pada 13 Mac 2020 dan dikongsi sekurang-kurangnya 70 kali.

Sebahagian kapsyennya menyatakan: “ADAKAH VIRUS CORONA JUGA BAKAL MENULAR PADA SKALA MASSA YG DTG SELANG 100 TAHUN..?

“Adakah ianya satu kebetulan?? Atau ????

“?TAHUN 1720 : 100,000 KORBAN
Pada tahun 1720, dunia diperlihatkan dengan penularan wabak The Great Plague of Marseille yang membunuh kira-kira 100 ribu orang di Marseille, Perancis. Penyakit ini disebarkan melalui lalat yang membawa bakteria penyebab penyakit ini

“?TAHUN 1820 : 100,000 KORBAN
Pada tahun 1820 pula, dunia diperlihatkan dengan penyebaran penyakit kolera ke negara-negara Asia seperti Filipina, Thailand dan Indonesia (ketika itu disebut sebagai wilayah Hindia Timur Belanda). Wabak ini dikenalpasti berpunca daripada air di kawasan-kawasan tasik yang tercemar. Penyakit ini telah menyebabkan kira-kira 100 ribu orang terkorban ketika itu

“?TAHUN 1920 : 100 JUTA KORBAN
Apa yang lebih mengejutkan dunia ialah penularan wabak Spanish Flu pada tahun 1920 iaitu 100 tahun yang lalu. Penyakit ini dicatatkan sebagai penyakit yang paling berbahaya dalam sejarah berikutan angka kematian yang mencapai 100 juta orang disebabkan penyakit itu. Kira-kira 500 juta orang telah dijangkiti oleh Spanish Flu ketika itu

“?TAHUN 2020 : ANGKA KIAN MENINGKAT
Kini di tahun 2020, dunia sekali lagi dikejutkan dengan penyebaran wabak Coronavirus yang bermula di wilayah Wuhan, China dengan keupayaan untuk menyerang sistem pernafasan manusia. Setakat ini, beberapa negara di seluruh dunia telah terkesan dengan penyakit ini termasuklah negara jiran seperti Thailand dan Singapura

"ADAKAH IA WABAK 100 TAHUN?
Adakah sejarah penyakit ini akan terus berulang setiap 100 tahun atau ini hanya kebetulan?"

Posting itu juga disertai gambar-gambar mengenai sebuah buku dari Dean Koontz berjudul “The Eyes of Darkness” dan dua gambar yang menyatakan tahun-tahun apabila wabak menular. 

Di bawah adalah tangkapan skrin posting yang mengelirukan itu:

Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan

Novel koronavirus, atau COVID-19, pertama kali dikesan di bandar Wuhan, China, pada akhir Disember 2019. Virus tersebut telah membunuh hampir 46,000 orang dan menjangkiti lebih daripada 900,000 orang di seluruh dunia, termasuklah bintang sukan, selebriti dan pemimpin dunia, menurut WHO di sini pada 2 April 2020.

Dakwaan yang sama juga dikongsikan di Facebook di sinisini dan sini

Dakwaan serupa juga muncul dalam bahasa Indonesia di sini dan sini.  

Dakwaan itu tak benar. Wabak yang tersenarai adalah kurang tepat tarikhnya dan ciri-cirinya juga palsu.

–Krisis kesihatan masa lampau–

Contohnya, Wabak Besar Marseille, yang berlaku antara 1720 dan 1722, tidak disebabkan oleh virus, tetapi oleh bakteria Yersinia pestis, menurut jurnal yang diterbitkan di laman web Pusat Maklumat Bioteknologi Kebangsaan (NCBI) Amerika Syarikat di sini. Penyakit yang dikenali sebagai hawar, telah melanda Marseille sebanyak 22 kali sejak bandar itu ditubuhkan – pertama kali dicatatkan dalam sejarah semasa Perang Gallic di 58-50 Sebelum Masihi. Selepas penubuhan kepungan kebersihan yang berkesan, wabak hawar tidak lagi muncul selepas 1649 – sehinggalah Wabak Besar. Wabak hawar terakhir melanda Marseille antara 1919 dan 1920.

Pandemik kolera, yang telah berlaku enam kali antara 1817 dan 1923, juga disebabkan bakteria dan bukan virus, menurut laporan ini di The Lancet, sebuah jurnal ulasan sejawat dalam bidang perubatan. Pandemik kolera ketujuh dan masih berterusan bermula pada 1961.

Laman sesawang Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat ini menyatakan bahawa pandemik “selsema Sepanyol” berlaku pada 1918, dua tahun lebih awal daripada tarikh dalam kenyataan dalam posting Facebook yang mengelirukan.

Penjelasan AFP ini menyenaraikan tujuh epidemik utama lain yang berlaku pada abad yang lalu – termasuklah Ebola, SARS dan AIDS – yang tidak menurut pola yang dijelaskan dalam kenyataan tersebut.

‘Tidak ada pola’

Pakar kesihatan juga menyangkal dakwaan yang dibuat kenyataan itu.

“Tidak, tiada pola di situ,” Dr. Susan Mercado, utusan khas kepada Presiden Filipina untuk inisiatif kesihatan global, memberitahu AFP melalui telefon pada 13 Mac 2020. "Tetapi jika kamu bertanya sama ada sesetengah virus sememangnya bermusiman, mereka ada."

Jurucakap WHO juga memberitahu AFP melalui emel pada 12 Mac 2020 bahawa walaupun “epidemik untuk penyakit tertentu adalah berkitar,” pandemik COVID-19 yang berterusan “tidak dapat diramalkan, dan itu kerana penyakit itu baru”.

Dakwaan serupa di beberapa posting dalam bahasa Tagalog dan Inggeris bahawa wabak Maut Hitam berlaku di Eropah pada 1720 telah dibongkar oleh laporan semakan fakta AFP ini.

COVID-19