Video ini telah beredar dalam talian sekurang-kurangnya sejak 2013, dan menunjukkan orang ramai menerima kitab Bible

Hak cipta AFP 2017-2021. Semua hak cipta terpelihara.

Sebuah video yang dikongsi dalam pelbagai posting Facebook mendakwa menunjukkan al-Quran diagihkan kepada orang ramai selepas China mengangkat larangan ke atasnya susulan penularan wabak novel coronavirus, COVID-19. Dakwaan ini tak benar. Video itu telah beredar dalam talian sekurang-kurangnya sejak 2013 dalam laporan mengenai orang ramai menerima salinan kitab Bible.

Video ini diterbitkan di Facebook pada 7 Mac 2020.

Ia telah ditonton lebih daripada 5,300 kali dan dikongsikan kira-kira 340 kali.

Video berdurasi 56 saat itu menunjukkan buku-buku sedang diagihkan kepada orang ramai yang menunggu.

Di bawah adalah tangkapan skrin video di dalam posting Facebook yang mengelirukan itu: 

Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan

Kapsyen video tersebut, diterjemahkan dari bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia, menyatakan: “Terdahulu dilarang al-Quran suci di China. Selepas Karona Virus menular , sekarang orang China ambil orang Islam untuk membaca al-Quran suci.” 

Sehingga 25 Mac 2020, novel koronavirus, COVID-19, telah membunuh lebih daripada 18,000 orang dan menjangkiti 414,000 orang di seluruh dunia, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ini.

Video tersebut juga disiarkan di sini, sini dan sini di Facebook, dan di sini di YouTube, bersama-sama dakwaan yang serupa.

Dakwaan yang serupa juga dibuat di sini dan sini dalam posting Facebook berbahasa Arab, dan di sini dan sini dalam posting Facebook berbahasa Malaysia.

– Kempen menentang orang Islam – 

Selama beberapa tahun, China telah melaksanakan tindakan sekuriti yang ketat di Xinjiang, dan terutamanya, pada 2017, pihak berkuasa meluluskan peraturan “anti-ekstremisme” yang dilabel kritik sebagai pengesahan menyekat sesetengah amalan orang Islam, menurut laporan AFP ini.

Radio Free Asia, media yang berpusat di Washington, melaporkan di sini pada September 2017 bahawa pihak berkuasa China di bahagian barat laut Xinjiang telah mengarah keluarga Muslim untuk menyerahkan barang-barang keagamaan, termasuklah salinan al-Quran dan sejadah kepada pihak berkuasa.

– Video kitab Bible sedang diagihkan –

Walau bagaimanapun, dakwaan yang dikongsikan bersama-sama video yang mengelirukan itu adalah tidak benar.

Video itu telah beredar dalam talian sekurang-kurangnya sejak 2013 dan menunjukkan kitab Bible sedang diagihkan kepada orang ramai di China.

Carian imej terbalik Google menggunakan keyframes yang diekstrak dari video menjumpai video yang sama disiarkan di sini, sini, sini dan sini di YouTube, di antara Mac dan Mei 2013.

Di bawah adalah salah satu video yang dimuat naikkan di YouTube pada April 2013:

Judulnya, diterjemahkan dari bahasa Sepanyol kepada bahasa Malaysia, menyatakan: “Orang Kristian di China sangat teruja dan menangis ketika mereka menerima kitab Bible untuk kali pertama.”

Carian kata kunci selanjutnya menjumpai tangkapan skrin video tersebut diterbitkan di beberapa laman sesawang berita Kristian, termasuklah Gospel Prime di sini dan Breaking Christian News di sini pada Mac 2013, dan The Christian Post di sini pada Januari 2014.

Di bawah adalah tangkapan skrin artikel The Christian Post, yang mendakwa bahawa video tersebut dirakam pada tahun 1980an:

Tangkapan skrin artikel The Christian Post

Perenggan pertama dalam bahasa Inggeris diterjemahkan kepada bahasa Malaysia sebagai: “Di dalam video ini daripada tahun 1980an, orang Kristian di China menerima kitab Bible untuk kali pertama. Apabila kotak mengandungi kitab Bible dibuka, mereka bergesa untuk memegang di dalam tangan apa yang lama diharapkan: perkataan yang ditulis oleh Tuhan. Mereka menggenggam kitab Bible seakan-akan tidak mahu melepaskannya, dan dilihat dari kegembiraan yang luar biasa dan emosi syukur di dalam bilik, mereka mungkin tidak.”

Di bawah adalah tangkapan skrin perbandingan tangkapan skrin video yang mengelirukan (kiri) dan imej yang digunakan dalam laporan The Christian Post (kanan): 

Tangkapan skrin perbandingan tangkapan skrin video yang mengelirukan (kiri) dan imej yang digunakan dalam laporan The Christian Post (kanan)
COVID-19