Pengilang Dettol menafi ia uji produknya ke atas strain baru koronavirus

  • Artikel ini berusia lebih dari setahun.
  • Diterbitkan pada hari Jumaat 03/04/2020 pukul 05:45
  • Durasi bacaan 3 minit
  • Oleh: AFP Australia, AFP Malaysia
Sebuah imej label Dettol yang mengatakan keupayaan disinfektan itu untuk membunuh "koronavirus" telah dikongsikan ratusan kali di dalam pelbagai posting Facebook bersama-sama dakwaan bahawa pembuat produk itu mungkin telah sedar tentang novel koronavirus sebelum ia menular di China pada Disember 2019. Rujukan produk pembersihan itu kepada “koronavirus” menandakan keberkesanannya dalam melindungi orang ramai daripada kumpulan virus am, termasuklah selsema biasa; pengilang Dettol berkata ia belum lagi uji produknya terhadap novel koronavirus.

Imej itu telah diterbitkan di posting Facebook ini pada 18 Mac 2020 dan dikongsi hampir 280 kali.

Posting itu memaparkan imej label belakang satu botol Dettol , jenama disinfektan yang tersedia secara meluas yang dijual oleh firma barangan pengguna Reckitt Benkiser. 

Diterjemahkan dari bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia, label itu menyatakan ia: 
“TERBUKTI BERKESAN TERHADAP PELBAGAI KUMAN
TERMASUK BAKTERIA & KULAT 
E.coli, Salmonella, Listeria, Staph. aureus #, E.hirae, Vibrio cholera, Candida albicans, Kulat kaki atlet, Kurap.

“VIRUS 
Influenza Jenis A2 VIRUS  , Herpes simplex, HIV 1, Koronavirus Manusia, Selesema burung Jenis H1N1 dan H5N1.”

Kapsyen posting itu menyatakan: “Kita semua telah menggunakan Dettol selama bertahun-tahun, tetapi belum membaca sehingga tarikh yang jelas ditulis dalam keterangan bahawa Dettol mampu melawan virus Corona. Zum berhati-hati dan baca dan beritahu semua orang.”

Di bawah adalah tangkapan skrin posting Facebook yang mengelirukan itu:

Image
Tangkapan skrin pos Facebook yang mengelirukan

Novel koronavirus, atau COVID-19, merupakan satu strain baru virus itu yang muncul di bandar Wuhan di China pada Disember 2019.

Virus itu, yang belum pernah dikenal pasti sebelumnya pada manusia, telah membunuh hampir 41,000 orang dan menjangkiti hampir 824,000 orang di seluruh dunia, menurut laporan situasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1 April 2020. 

Imej Dettol itu juga muncul di Facebook di sini, sini dan sini; dan di Twitter di sini, sini dan sini, dengan dakwaan yang sama.

Gambar yang sama dengan dakwaan serupa dalam bahasa Indonesia boleh dilihat di sini dan sini, dan dalam bahasa Inggeris di sini dan sini.

Dakwaan itu tak benar. “Koronavirus” adalah istilah umum untuk satu keluarga virus yang merangkumi selsema biasa dan virus yang lebih serius seperti MERS, SARS dan novel koronavirus.

Reckitt Benkiser juga menyangkal dakwaan itu, berkata dalam kenyataan di Facebook pada 1 Februari 2020 bahawa ia belum lagi uji produknya terhadap novel koronavirus dan tidak boleh lagi mengesahkan sama ada Dettol adalah disinfektan berkesan. 

Diterjemahkan dari bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia sebagai: “Memandangkan ia merupakan wabak yang sedang menular RB, seperti semua pengilang, belum lagi mempunyai akses kepada virus baru (2019-nCoV) untuk ujian dan, akibatnya, tidak berada dalam kedudukan untuk mengesahkan tahap keberkesanan terhadap strain baru ini,” kata kenyataan itu. “Kami terus bekerjasama dengan rakan kongsi kami untuk memastikan bahawa kami mempunyai pemahaman terkini mengenai virus itu, laluan transmisinya dan akan menguji rangkaian produk kami apabila pihak berkuasa kesihatan membuat strain itu tersedia.”

“2019-nCoV” adalah nama sementara novel koronavirus, yang kemudian secara rasmi dinamakan “COVID-19” oleh WHO pada 11 Februari 2020, menurut laporan AFP ini.

Penyakit itu pertama sekali dikesan pada 31 Disember 2019, apabila pejabat WHO Negara China dimaklumkan tentang kes radang paru-paru dari punca yang tidak diketahui di Wuhan, menurut laporan situasi dari organisasi itu.

Menurut WHO, pihak berkuasa China mengenal pasti jenis koronavirus baru apabila mereka mengasingkan strain itu pada 7 Januari 2020.

Sehingga 1 April 2020, WHO berkata ia berusaha untuk “mempercepatkan pembangunan diagnostik, terapeutik dan vaksin” untuk novel koronavirus.

Adakah terdapat kandungan yang anda mahu AFP semak fakta?

Hubungi kami